Posts

Semester 10 PJJ/PLK UiTM / Adakah akan menjadi semester terakhirku? Penantian dan penentuan 5 tahun!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog sis yang entah apa-apa saja isinya ni 😄 Maafkan sis kerana buat kalian berjanggut menunggu update terkini 😁  Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, diam tak diam, eh dah sampai semester terakhir yang sangat terlalu so very dinanti-nantikan! Dalam rasa seronok, pasti ada juga sedikit rasa cuak sebab ye lah.. benda yg belum pasti sama ada kau akan pass betul2, atau mungkin ada sangkut 1 subjek ke kan .. Walaupun secara amnya nampak mcm "Alah! 3 subjek je pun!". Hanya Allah yg tahu 😊 Kalau Dia izinkan kau lulus, maka luluslah kau. Apa-apa pun, semua bergantung pada diri kita sendiri. Macam-macam perasaan bercampur baur untuk last sem. Rasa dihati, kalau boleh nak je pergi kelas secara fizikal sebab nak jumpa kawan2 untuk kali terakhir sbb tak tahu lagi kan bila boleh jumpa. Dah la I sorang tersesat di Jb. Diorang yang dekat, senanglah nak jumpa. Tapi dalam masa yg sama, nak juga kelas secara online sebab.............

Semester 9 PLK/PJJ UiTM - Pandemik Covid-19! Kelas secara atas talian

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang setia menanti update sis cewahhh geli ubun2 ketiakku 😂 Diharapkan semua sihat-sihat belaka sesihat sis hendaknya kihkih. Alhamdulillah, sebelum naik semester baru yg ke 9 haritu masa bulan Mac, sis sempat jalan-jalan pergi Pulau Pinang dengan Langkawi. Fuhhh, syurga makanan betul kat sana! Semua sedap2 belaka. Tapi kalau nak cerita bab makanan ni, sampai lusa pun tak habis.  Selang 2 minggu lepas balik bercuti tu, bermulalah kelas sis mcm biasa dengan azam yg sama, subjek yang berbeza. Masa kelas pertama haritu masih kelas secara fizikal macam biasa walaupun masa tu dah timbul isu covid-19.  Seronok rasa naik sem baru ni sebab dapat jumpa kawan2 semula. Tambahan pula, sis dapat jumpa salah seorang pembaca blog sis yang baru mulakan semester 1 nya! 😍 Orang Kedah baq hanggggg! Mula2 jumpa dia tak sambut salam kita pun wakkk .. dia terus pelukkk 😂 Terperanjat juga. Hahaha sebab sis ni jenis nak kenal dulu personaliti seseoran

PLK/PJJ UiTM | New mode for PLK Law! Boleh habis degree part time dalam 3-4 tahun?!

Assalamualaikum semua 😍 Diharapkan sesiapa jua yg membaca entry ini sentiasa sihat dan ceria belaka 😇 Pada yg kurang sihat, semoga diberikan kesembuhan segera.💝 Alhamdulillah diam tak diam, sis dah masuk tahun terakhir 😌 mcm tak percaya gitu dah sem 9 gaisss 😃 Minggu lepas telah bermulalah kelas sis yg pertama. Utk details cerita setiap subjek insyaAllah sis akan cerita selepas habis kelas dan exam nanti ya. Lagipun baru first class kan, so mcm takde cerita sangat hehe .. Pendekkan masa pengajian kurang dari 5 tahun? Boleh ke? Ramai sebelum ni tanya sis, boleh ke nak kurangkan tempoh 5 tahun kepada 3-4 tahun je? Sis pun jawab celup2 je lah masa tu. Rupa-rupanya, boleh je dgn cara setiap satu semester ambil banyak subjek. So, bila banyak drag subjek, maka pendeklah masa belajar tu. Selalunya student mcm tu akan daftar kelas bertindih. Faham kan maksud kelas bertindih tu mcm mana? Contohnya mcm ni, dia amik subjek contract dgn international pada waktu jadual kelas yg sama (H

Semester 8 PJJ/PLK Uitm

Assalamualaikum semua 💓 Hello semester 8! 😇 Alhamdulillah diam tak diam dah masuk semester yg ke-8 .. Syukur ke hadrat Illahi yg telah mengurniakan kesihatan yg baik, kecekalan yg tinggi, kemampuan akal fikiran utk meneruskan pembelajaran 😌💪 Terima kasih YaAllah ~ Sem ni, sis ambil 4 subjek juga iaitu: 1- International Law II 2- Law of Association II 3- English for Professional Interaction 4- Legal Research Methodology Utk subjek International, Association dgn English sis dpt lecturer yg sama yg pernah ajar sis sem lepas dan terdahulu. Cuma utk research sahaja dpt lect. yg baru. So, agak senanglah sebab sis dah kenal dan tahu cara mengajar dan marking all the lects. except for research. International Law II Fuh dup dap dup dap bila nak belajar subjek ni bila memikirkan perkataan International tu 😄 Topik-topik dlm subjek ni utk sem ni okay jugalah. Senang jugalah nak faham. Tapi ada juga certain topik yg sis tak faham sangat. Nak tanya kat lect. pun

Semester 7 PLK/PJJ UiTM

Image
Assalamulaikum uolls 😊 Alhamdulillah, diam tak diam habis sudah semester yang ketujuh sis.  Sem 7 ni sis ambil empat subjek juga iaitu: 1- International Law 1 2- Administration of Trust 3- Mooting 4- Law of Association 1 Macam-macam cerita masa sem tujuh ni. Beginilah ceritanya .. Setelah selesai mendaftar subjek, seminggu kemudian keluarlah nama lecturer yg akan mengajar kami. Bila tengok2, ada satu subjek tu ada dua lecturer yg ajar dan salah sorangnya favourite kami 😎. Maka kami(sis dan kawan2), secara berjemaah menukar kelas bagi subjek tersebut hihi. Bila tukar kelas ni, kita kena rombak semua subjek yang lain sekali sebab kadang-kadang ada yg tak perasan subjeknya bertindih masa. Nanti jadi masalah pulak bila dah naik kelas. Maka bermula lah kelas sis pada hujung bulan 3... International Law 1 Rasa seram nak belajar ni. Nama dia pun dah serammmm 😂 Undang-undang Antarabangsa ~ Mula-mula memang tak nampak bayang, apa laa yang akan aku study dalam subjek n

Semester 6 PLK/PJJ UiTM

Alhamdulillah new chapter begin .. Kali ni tekad nak study awal, so that tak kelam kabut time final exam nanti. Namun........ kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan 😅 Tak taulah bila azam tu betul2 dapat disemai dlm diri .. hihi Untuk semester kalini, aku ambil subjek;- - Criminal Law II,  - Land Law II,  - Law Relating to Healthcare, & - Law of Equity and Trust. Utk subjek Criminal Law II kalini sangatlah seronok sbb belajar bab murder, homicide, rape, theft, robbery, extortion, criminal breach of trust and mcm2 lagi. Senang nak faham and banyak kene hafal kes. Yg senangnya sebab Penal Code boleh bawak masuk time exam, kalau terlupa elemen utk sesuatu kesalahan tu, just ingat which section and relatekan dgn situation given. Walau apapun, setiap elemen ada huraiannya yg tersendiri. Lect. kalini sgt lah minta kiteorg buat application panjang2 kasi relate dgn soalan yg diberi sbb dia nak tengok pendapat kita. Sesetengah lect. suka tengok kita punya law yg panj

Semester 4 & 5 PLK/PJJ UiTM

Seperti biasa,  Alhamdulillah, bermulalah semester baru dengan niat yang baru dan azam yang sama ( untuk study awal ) dari SPM sehingga kini dan buat selamanya Hahahaa 😃 Meh sep lagii sape geng dengan kitaaa 🙋 Untuk sem 4 ni, subjek yg aku ambil adalah seperti berikut: - Constitutional Law II - Law of Torts II - English for oral presentations - Arabic III Subjek Consti tu aduhaiii. Selagi tak habis, selagi tu perasaan seram menyelubungi hidupku ... Berdoa je lah dengan harapan dapat pass cukup2 makan mcm Consti 1 pun takpe. Haha teruk kan aku ni? Bila dah start belajar subject ni, so far memang betul lah apa org kata. Consti 2 lebih senang dari Consti 1. Ternyata betul wehhh. Nak kata senang gila2 tu tidaklah. Tapi mmg lebih senang sikit la dari Consti 1. Ala cerita pasal kuasa perdana menteri, YDPA, menteri2, kabinet rumah semua tu .. lagi apa tah, aku tak ingat. Al maklum sekarang dah sem 6 baru nak update cite sem 4 😂 Maafkan hakak yg sudah tua ni dikkk. Ekeke 😀