PLK/PJJ UiTM | New mode for PLK Law! Boleh habis degree part time dalam 3-4 tahun?!
Assalamualaikum semua 😍
Diharapkan sesiapa jua yg membaca entry ini sentiasa sihat dan ceria belaka 😇
Pada yg kurang sihat, semoga diberikan kesembuhan segera.💝
Alhamdulillah diam tak diam, sis dah masuk tahun terakhir 😌 mcm tak percaya gitu dah sem 9 gaisss 😃 Minggu lepas telah bermulalah kelas sis yg pertama. Utk details cerita setiap subjek insyaAllah sis akan cerita selepas habis kelas dan exam nanti ya. Lagipun baru first class kan, so mcm takde cerita sangat hehe ..
Pendekkan masa pengajian kurang dari 5 tahun? Boleh ke?
Ramai sebelum ni tanya sis, boleh ke nak kurangkan tempoh 5 tahun kepada 3-4 tahun je? Sis pun jawab celup2 je lah masa tu. Rupa-rupanya, boleh je dgn cara setiap satu semester ambil banyak subjek. So, bila banyak drag subjek, maka pendeklah masa belajar tu. Selalunya student mcm tu akan daftar kelas bertindih. Faham kan maksud kelas bertindih tu mcm mana? Contohnya mcm ni, dia amik subjek contract dgn international pada waktu jadual kelas yg sama (Hari Sabtu jam 8.30-12.30). Jadinya diorang bahagi kpd 2 masa sendiri. First masuk kelas contract kejap, pastu lari masuk kelas international pulak. Sedangkan 1 subjek mmg dah ditetapkan 4jam lectures. Jadinya umpama belajar tak sempurnalah gitu sebab lompat2 kelas. Sepanjang dlm pengetahuan sis buat masa ni, ada sorang je yg berjaya habiskan dlm tempoh 4 tahun (kalau tak silap sis). Hebat! 👏 Selebihnya, ada saja yg tak berjaya. Malah ada jugak yg habis lambat sebab kena repeat. Sem ni kalau kwn sis berjaya, kiranya dia habis dlm tempoh 4 tahun setengah. InsyaAllah.
Pelan Pengajian Baru .. huhu
Yang sis nak cerita ni pasal sedikit perubahan pada pelan pengajian bagi kos ni. Bila jadual kelas dah dikeluarkan, sis nampak page bahagian maklumat penting ada 2 pages. Sebelum ni jarang nak baca sebab tahu je yg pihak ined nak warning pada student supaya jgn daftar kelas bertindih.
Rupa-rupanya pelan pengajian baru diperkenalkan yg mana jangka masa pembelajaran jadi lebih pendek iaitu 3-4 tahun! Maksimum sehingga 6 tahun. Haaaa amikkk! Nak sangat habis cepat, kan? Haha.
So, mcm mana boleh jadi pendek tu? Mcm ni ..
Merujuk kepada entry sis yg pertama sekali tu, sis ada nyatakan yg kelas utk core subject adalah 4 jam iaitu bermula jam 8.30pagi hingga 12.30t/hari atau 2.15ptg hingga 6.15ptg. Manakala utk subjek elektif seperti subjek bahasa & tamadun islam, kelas dijalankan selama 2 jam.
Jadinya sekarang jadual telah pun diubah kepada 3jam pengajian dlm kelas dan selebihnya melalui penggunaan di i-Class. Maka dlm 1 hari, bolehlah ambil 3 subject law sekaligus.
So, waktu kelasnya jadi mcm ni utk subjek law,
Diharapkan sesiapa jua yg membaca entry ini sentiasa sihat dan ceria belaka 😇
Pada yg kurang sihat, semoga diberikan kesembuhan segera.💝
Alhamdulillah diam tak diam, sis dah masuk tahun terakhir 😌 mcm tak percaya gitu dah sem 9 gaisss 😃 Minggu lepas telah bermulalah kelas sis yg pertama. Utk details cerita setiap subjek insyaAllah sis akan cerita selepas habis kelas dan exam nanti ya. Lagipun baru first class kan, so mcm takde cerita sangat hehe ..
Pendekkan masa pengajian kurang dari 5 tahun? Boleh ke?
Ramai sebelum ni tanya sis, boleh ke nak kurangkan tempoh 5 tahun kepada 3-4 tahun je? Sis pun jawab celup2 je lah masa tu. Rupa-rupanya, boleh je dgn cara setiap satu semester ambil banyak subjek. So, bila banyak drag subjek, maka pendeklah masa belajar tu. Selalunya student mcm tu akan daftar kelas bertindih. Faham kan maksud kelas bertindih tu mcm mana? Contohnya mcm ni, dia amik subjek contract dgn international pada waktu jadual kelas yg sama (Hari Sabtu jam 8.30-12.30). Jadinya diorang bahagi kpd 2 masa sendiri. First masuk kelas contract kejap, pastu lari masuk kelas international pulak. Sedangkan 1 subjek mmg dah ditetapkan 4jam lectures. Jadinya umpama belajar tak sempurnalah gitu sebab lompat2 kelas. Sepanjang dlm pengetahuan sis buat masa ni, ada sorang je yg berjaya habiskan dlm tempoh 4 tahun (kalau tak silap sis). Hebat! 👏 Selebihnya, ada saja yg tak berjaya. Malah ada jugak yg habis lambat sebab kena repeat. Sem ni kalau kwn sis berjaya, kiranya dia habis dlm tempoh 4 tahun setengah. InsyaAllah.
Pelan Pengajian Baru .. huhu
Yang sis nak cerita ni pasal sedikit perubahan pada pelan pengajian bagi kos ni. Bila jadual kelas dah dikeluarkan, sis nampak page bahagian maklumat penting ada 2 pages. Sebelum ni jarang nak baca sebab tahu je yg pihak ined nak warning pada student supaya jgn daftar kelas bertindih.
Rupa-rupanya pelan pengajian baru diperkenalkan yg mana jangka masa pembelajaran jadi lebih pendek iaitu 3-4 tahun! Maksimum sehingga 6 tahun. Haaaa amikkk! Nak sangat habis cepat, kan? Haha.
So, mcm mana boleh jadi pendek tu? Mcm ni ..
Merujuk kepada entry sis yg pertama sekali tu, sis ada nyatakan yg kelas utk core subject adalah 4 jam iaitu bermula jam 8.30pagi hingga 12.30t/hari atau 2.15ptg hingga 6.15ptg. Manakala utk subjek elektif seperti subjek bahasa & tamadun islam, kelas dijalankan selama 2 jam.
Jadinya sekarang jadual telah pun diubah kepada 3jam pengajian dlm kelas dan selebihnya melalui penggunaan di i-Class. Maka dlm 1 hari, bolehlah ambil 3 subject law sekaligus.
So, waktu kelasnya jadi mcm ni utk subjek law,
- 8.30-11.30 pagi
- 11.30-2.30 petang
- REHAT 2.30-3.30 petang
- 3.30-6.30 petang
Utk subjek elektif (ELC,CTU),
- 9.30-11.30 pagi
- 11.30-1.30 t/hari
Aaaa mcm tu la cerita dia. Pandai-pandai engkoranglah susun n buat jadual sendiri nanti.😏
Mula2 rasa mcm terkejut juga dgn jadual baru ni. Terasa mcm.., sedangkan kelas 4 jam sebelum ni pun rasa mcm tak cukup masa nak habiskan syllabus, mcm mana pulak dgn 3 jam ni. Hehehe 😅 Tapi of course la semua dah disusun dan dirancang dgn baik kan? Takpa la, kita student, tugas kita belajar je. Just follow the flow. Tak payah nak benak-benakkan otak dgn memikirkan perkara yg tak berkaitan.
Sambung duk scroll2 jadual, sekali tengok jadual budak sem 1 mcm ada banyak gila subjek! Tiba2 sis pening, apa jugaklah yg budak sem 1 punya subjek ni banyak sgt? Subjek yg sis belajar masa sem 3 pun ada kat jadual sem 1. I was like, WHATTTT? 😵 Awatnya depa kena ambil subjek yang sem atas2. Oh ya! Dah tukar pelan baru! Hahaha. Pelik tapi benar gaisss.
Kebetulan sis ada contact dgn salah seorang pembaca blog sis yg juga sekarang merupakan junior sis di kampus yg sama, kos yg sama, dan..... umur yg sama! Haha 😆 Junior on perbezaan semester je. Jadinya dia pun tunjuk dia punya course outline. Bila sis tengok, umangaihhhhhhh sem 1 ambil 7 subjek 😮 Sem2 lain pun sekali ambil banyak. Patutlah boleh habis dlm tempoh 3-4thn ..
Apa-apa pun, sis doakan yg terbaik buat semua junior-junior UiTM especially kepada junior part time PLK law! You can do it guysss! 💪
Salam. You dah habis? can we get connected? I nak tanya lebih lanjut, because i think i nak amik PLK this this as well.
ReplyDeletesy ada Degree in IT .... nak belajar Law pulak
Wassalam. Belum. I have another 2 last semester. You can contact me thru email first. lya_under18@yahoo.com
DeleteAssalammualaikum Cik.
ReplyDeleteNama saya Munirah. Jika Cik tidak keberatan atau ada waktu sedikit untuk saya, boleh ke sy nak hubungi Cik untuk bertanya lebih lanjut berkenaan jurusan undang undang ? Maklum balas dari Cik amat saya hargai.
Sekian terima kasih.
Waalaikumussalam Tuan/PuanCik.
DeleteMaaf kerana saya baru perasan komen tuan/puan. Musim PKP jarang buka blog. Hehe.
Boleh contact saya melalui emel > lya_under18@yahoo.com
Sama-sama
Sy la tu batch yg akan start dgn struktur baru.. ada juga tanya budak LLB, diaorang mmg nasihatkan kena work hard sbb kami belajar dh mcm budak full time dh...
ReplyDeleteNak tanya, ada simpan lagi tak nota atau buku2 lama.. kalau ada, nak beli.. boleh tak?
😅😅😅😅
Wah, awk intake october ni ye? Hehe aah lebih kurang mcm tu lah kena work hard sikit sbb sekali ambil 7 subjek terus tu. Saya 4 subjek pun rasa mcm benak jugak kadang-kadang. Haha.
DeleteBuku2 tu ada. Nota2 pun ada. Tapi kena cari n susun balik n nak compile. Eh, itsokay no beli2. Tinggalkan email, kalau dah selesai nanti saya bagi, insyaAllah.
Btw, good luck ya! Study smart :)
jadi kalau student intake oktober 2020 kena ambik plan 3 tahun ke? atau kita sendiri boleh pilih plan yang kita nak. sebab saya nak ambik plan 4 tahun. boleh ke macam tu?
DeleteSaya dah tanya pada junior. Katanya, boleh pilih sendiri ikut plan yg awak nak. So, nanti masa daftar subjek, just daftar ikut program structured yang 4 tahun punya tu :)
DeleteHai sis, nak tanya from BLS UiTM after habis tempoh pengajian blh upgrade ke final year LLB amik professional paper atau kena amik CLP dkt luar?
ReplyDeleteHai. Lepas BLS UiTM, kena ambil CLP kat luar. Dah tak boleh upgrade ke final year LLB mcm sebelum2 ni.
DeleteKlau kita dari first degree kan blh ke nk mintak transfer credit sbb sy ada blaja sket ii subjek civil law
DeleteKalau first degree kat uitm, boleh transfer sbb silibus mungkin sama. Tapi kalau dari U lain, nanti pihak Uitm akan semak terlebih dahulu sama ada boleh transfer atau tak.
DeleteAssalamualaikum Cik. Agaknya you dah jadi lawyer kot. Tahniah..oh ye saya nak tanya, kalau student plk ni sempat ke nak cari bahan seperti cases di library uitm? Masa bila kalau sempat? Sebab dah 2 hari hujung minggu berkampung di uitm, xkan nak gi library lagi weekdays? Ke xperlu dah sebab ada nita dah diberi?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteWaalaikumussalam. Belum lagi, hehe. Tak perlu ke library sebab selalunya nota yang diberi akan lengkap dengan kes yg telah diringkaskan faktanya. Lagi satu sebab kita tak ada masa untuk ke library masa kelas hujung minggu tu melainkan waktu rehat rajin nak stay di library. Selain dari ke library, boleh cari bahan melalui buku yang dicadangkan oleh pensyarah atau melalui internet juga.
DeleteAlhamdulillah..saya dah habis exam semester 3 pada 1/8/2024 baru ni..buka sem depan dah sem 4..
DeleteAlhamdulillah .. masyaAllah .. Tahniah tuan! Semoga maju jaya dgn cemerlang hendaknya ..
DeleteSalam. Saya baru jumpa article ni. Saya nak tanya untuk program BLS pjj ni, tak sama ye macam LLB? Maknanya still kena amik CLP after grad?
ReplyDeleteWassalam. Ya, untuk program BLS ni perlu ambil CLP selepas grad. 80% mata pelajaran sama macam LLB cuma ada sebahagian mata pelajaran dlm LLB tak ada dlm BLS.
DeleteTakde cara lain ke kalau taknak amek clp ? Boleh ke bila dh grad kite sambung LW224 fulltime?
ReplyDeleteSetakat yg dlm pengetahuan saya, tidak ada. Untuk selepas tahun 2020 yg lalu, lepas grad program BLS dah tak boleh sambung LLB (LW224) seperti tahun2 yang sebelum2 ni. Ini adalah peraturan terkini yg ditetapkan oleh pihak Bar Council untuk yg grad BLS selepas tahun 2020.
DeleteHi, how if kita grad BLS way before 2020? still boleh buat LLB or can only sit for CLP?
DeleteHi, I'm not so sure about that. By right boleh buat LLB. Tapi cuba confirmkan dengan lect/pihak uitm terlebih dahulu.
DeleteAlhamdulilllah selesai sudah! tahniah.
ReplyDeletesy tgh plan cari info for PLK terjumpe blog ini. kt uitm nye site xde bgth the time. just wondering u taking PJJ ke PLK? weekday or weekend?
thanks for sharing!
Terima kasih :)
DeleteI took PLK which held on weekend ;)
Welcome! No prob
Hi, please share the fees for this course / mode 🙏🏻
ReplyDeleteHi, you can check the fees here :)
Deletehttps://apply-iceps.uitm.edu.my/images/finance/degree/lw213_24102020.pdf
RM 2k++ for every semester (6 semester)
RM 14,953-00 total for whole course.
Assalamualaikum nk tnya untuk kos degree legal studies ni boleh ke kalo nnt dh hbis nk ambik diploma posgraduate syariah untuk jd peguam syariah di uitm ya?
DeleteWaalaikumussalam. Boleh. Saya juga telah selesai ambil postgrad diploma syariah di uitm.
DeleteAssalamualaikum nk tnya untuk kos degree legal studies ni boleh ke kalo nnt dh hbis nk ambik diploma posgraduate syariah untuk jd peguam syariah di uitm ya?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh. Sy juga ambil postgraduate syariah tu di uitm. Dah selesai tahun lepas.
Deletekalau nak practice as syariah lawyer perlu ada degree in syariah..can't practice if only have BLS + DSLA...because the entry requirement to be syariah lawyer is different...
DeleteOh really? Saya pun tak pasti hal ni sbb sy belum fokus untuk start syariah. Yes, it depends on state punya entry requirement. Ada sesetengah negeri katanya boleh BLS + DLSA. Nanti saya semak semula. Btw, thanks.
DeleteSalam Sis. Sy tgh baca dan nilaikan samada nak terima tawaran Legal Studies UITM ni ke tak. masih ragu2. minat tebal tapi jiwa agak melayang bila fikirkan semua kuliah / nota dalam BI. jenuh jugak. jika x de aral saya masuk Mac 23. in syaa Allah. Mohon nasihat skit sis. tq
ReplyDeleteWassalam. Maaf lewat reply. InsyaAllah bolehhh, cubalah dulu :) Belum cuba belum tahu kan? Doa banyak2. Saya pun sama mcm tu juga dulu. Memikirkan kuliah/nota/study/jawab exam semua dalam BI, jadi risau sgt lebih2 lagi bila sy dikelilingi dengan org yg hebat2. Tapi alhamdulillah sampai juga ke penghujungnya.
DeleteOrg selalu kata ukur baju dibadan sendiri. Tp as long as kita yakin dengan diri sendiri, insyaAllah boleh! Jangan jadikan kekurangan tu sebagai ukuran kerana org yg ada kelebihan pun belum tentu bertahan.
Sejujurnya, mental dan fizikal kita sendiri yang kena kuat dan kental utk hadapi mcm2 rintangan dlm masa study tu sendiri.
Selamat maju jaya!
Ada subjek open book ke ?
DeleteTak ada yg open book. Hanya buku akta sahaja yg dibenarkan bawa semasa exam.
DeleteHi, saya berminat nak amk kos ni as 2nd degree sy la gitu, nak tanya, apa je peluang keje after graduated dari course ni??? boleh jadi lawyer n meluas tak peluang kerja dia?
ReplyDeleteHi. Ya, boleh jadi lawyer selepas lulus peperiksaan Sijil Amalan Guaman selepas tamat course ini. Selain daripada jadi lawyer, boleh juga jadi pegawai undang-undang atau apa-apa jawatan yang berkaitan dengan perundangan.
Deletethat's really interesting opportunities :) dah minat nak amik law dari zaman sekolah tapi tu la lepas SPM tu dulu xde sape guide kte tu yang amk kos diploma n degree 1st berlainan course or jauh beza bidangnya hehe. boleh cite or terangkan tak kalau saya nak course BLS uitm ni mcm you buat, utk 8 semester tu, yuran pengajian dia especially tiap sem RM berapa je kene bayar utk yg amk 8 semester??
Deleteboleh terangkan sikit tau kalau nak amk pengajian ni utk 4 tahun punya, every semester nak kene bayar RM berapa n berbaloi tak amk pengajian 4 tahun dari 3 tahun punya?>
DeleteWah, baguslah ada minat! :) InsyaAllah mesti semangat nanti belajar.
DeleteBerkenaan dengan yuran, utk yg 4thn, setiap sem bayarannya lebih kurang Rm2k++. Tak lebih dari Rm2.5k.
Utk yg 3thn boleh semak di sini >
https://apply-iceps.uitm.edu.my/images/finance/degree/lw213_24102020.pdf
Berkenaan berbaloi atau tak tu tak pasti nak jawab mcm mana. Hehe. Kalau amik yg 4thn pun not bad juga. Cuma kalau yg 3thn tu sy rasa mungkin semput sikit la nak kejar sbb 1 sem amik dlm 6-7 subjek.
so maksudnya yuran pengajian untuk 4 tahun lagi murah sikit kan dari orang yang ambil pengajian 3 tahun kan??? tak jumpa la dekat website ICEPS drg bagi breakdown utk yg yuran pengajian 4 tahun. dah tanya pegawai kewangan dekat ICEPS via call tu pun saya tak berapa faham la perincian penerangannya :-( .
Deletetapi kalau ambil pengajian 4 tahun, sehari kelas tu agak pack tak???
nak tanya, kalau ambil subjek yang untuk tempoh pengajian dia 4 tahun, pack tak jadual kelas dia seharian tu? then let say masa saya nak ambil course ni, boleh ambil mula2 beberapa semester tu belajar online ke? or memang wajib kene datang kelas fizikal?
DeleteHai, maaf lambat. Berkenaan jadual kelas tu mungkin agak pack juga. Kelas dari jam 8pagi hingga 6 petang bergantung pada pemilihan awak masa daftar kelas based on jadual yang diberi. Kalau tidak silap, sekarang memang dah wajib datang kelas secara fizikal dan tiada lagi secara online.
DeleteUntuk yuran pengajian 4 tahun tu boleh buat kira-kira RM120/per kredit. Contohnya sem 1 bersamaan 15 kredit. RM120 x 15 = RM1,800 (belum termasuk yuran daftar & kenaan tetap uitm yg wajib setiap semester). Lebih kurang RM2,000 gitu.
DeleteSo basically yuran dia tiap sem tu tak la sampai RM 2.5k la kan? kalau bab bahan rujukan tu, yang lecturer bagi tu dah cukup ke? dia bagi soft copy tak? sebab zaman sy study degree 1st tu, some of lecturer tak bagi slides or notes nya. kalau beli bahan rujukan lain tu, ok ke untuk penambahan nak belajar? selalunya ada jual dekat kedai buku mana ye? saya ni lebih suka baca hardcopy dari softcopy
DeleteYa. Lebih kurang RM2.5 - 2.7k per sem. Bab bahan rujukan, selalunya cukup lecturer bagi. Mostly dlm bentuk softcopy, then print sendiri. Tapi ada juga lecturer yg tak sediakan. Just take notes during classes atau boleh tanya kawan2 utk subjek tu dari kelas lain (yg dgn lect. lain)
DeleteKalau nak beli buku, boleh minta lect list buku yg recommended (Selalu mmg lect akan share). Selalu beli kat pustaka mukmin di jalan TAR atau boleh beli yg fotokopi di kedai print SABA di Sek.2 dekat dgn uitm. Kadang2 ada lect offer utk belikan buku & collect duit dari student.
Beza 3 tahun dan 4 tahun cuma 1-2 subjek je satu sem.
DeleteIdola😍
ReplyDeleteAssalamualaikum, boleh kongsikan syarat kemasukan untuk orang yang dah ada degree. Kiranya untuk buat 2nd degree. Impian saya sejak sekolah lagi. Tapi dulu tak tahu program ni dengan tak confident dengan bahasa inggeris saya. Nanti kalau ada pengalaman ambil exam CLP boleh juga kongsikan.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Syarat kemasukannya cuma perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.00 bagi lepasan Ijazah IPT yang diiktiraf. InsyaAllah nanti saya kongsikan. Belum berkesempatan utk kongsi.
DeleteAssalamualaikum nak tanya kalau saya masa diploma bidang sains kesetiausahaan boleh ker nak sambung PJJ Law di UITM
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh dengan syarat diploma awak mendapat sekurang–kurangnya CGPA 2.00 dan MUET Band 4.
DeleteAssalamualaikum..saya nak tanya, kuliah online ke atau wajib hadir kelas di uitm..
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Kuliah wajib hadir kelas di uitm ..
DeleteKalau tak dapat hadir kuliah ..bagaimana ya
DeleteSaya tak pasti pula tuan/puan. Mungkin nama akan dikeluarkan dari senarai jika tidak hadir kuliah beberapa kali sbb kehadiran diambil utk menentukan pelajar masih aktif atau tidak.
DeleteSalam. Saya nk tny course LW213 ni pjj or plk ya? wajib hadir ke kelas setiap minggu ke? Ada kelas ke kalau waktu weekdays? Kalau saya dari utara rasanya susah tak nak survive travel kalau ambil course ni? Saya working adult umur 27 tahun dan berminat nak ambil course ni. Thank you in advance. :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Course LW213 ni PLK dan wajib hadir ke kelas sebulan 2 kali. Kelas hanya berlansung pada weekend sahaja iaitu pada hari Sabtu & Ahad. Berkenaan susah tak nak survive travel tu sejujurnya memang bergantung pada diri kita sendiri. Mental & fizikal memang kena cekal + kental. Saya juga travel dari selatan. Jujur memang penat. Tp asbab nak belajar & dah separuh jalan, tetap teruskan hingga ke penghujung. Ada juga kawan2 saya yg travel dari utara & Sabah Sarawak. InsyaAllah awak boleh!
Deletehi dear , saya dah habis asasi law uitm and sadly did not get any offer to continue LLB in any uni .. i've applied to this course intake this march .. really interested to pursue law but not sure how it will goes after finish this degree .. is it possible to pass CLP lol?
ReplyDeleteHey, did you get accepted under iceps? How is it going?
DeleteHi anon! Yes i did get accepted into LW213. How about you? However im quite worried if i can handle doing pjj as i live quite far from uitm shah alam. :”)
DeleteSamee i just got accepted, honestly, go for it, i need friends there HAHAH
DeleteHi dear. Sorry late. InsyaAllah you can do it! Where do you live? Just do your best. If you believe in yourself, anything is possible dear :) Focus on LW213 first, then only think about CLP, ok?
DeleteBtw, good luck to both of you in LW213! Wish both of you all the best
DeleteHye Assalamualaikum.. Sy baru nsk apply plk LAW UITM doakan lepas yer.. Bertahun dah nak masuk asyik tangguh je.. Now nekad!
ReplyDeleteHye Waalaikumussalam. InsyaAllah2 saya doakan. Pasti lepas tu :) Hehe .. Best of luck! Nanti inform ya kalau dah lepas :D
DeleteHai sis. Saya nak tanya. Saya dah ada first degree dalam bidang hartanah dari UiTM. Saya nak tanya, untuk subjek CTU, bahasa ketiga dengan ELC saya boleh transfer credit ke, maksudnya dah tak perlu ambil? Sebab masa first degree dah belajar semua subjek tu.
ReplyDeleteHai Amirul. Sorry lambat reply. Saya baru perasan komen ni. Kalau tidak silap saya, boleh transfer credit utk subjek CTU dgn ELC tu (Kalau sama silibusnya). Sbb ada kawan yg diploma dari Uitm dpt transfer credit juga.
DeleteLagi satu, saya nak tanya, awak ada apa² nota degree legal studies dalam bentuk soft copy ke? Kalau saya nak nota tu boleh?😅 Saya plan nak ambil legal studies next year, nak prepare awal.
ReplyDeleteAda insyaAllah. Tapi ada yg kurang lengkap juga sikit2. Tapi bolehlah kalau nak buat rujukan sikit2.
DeleteSalam Saudari.Terima kasih atas perkongsian pengalaman saudari.Masa saya mulakan pengajian 4 tahun lalu saya selalu rujuk blog.Alhamdulillah saya berjaya tamatkan pengajian BLS mode (SS) baru2 ni.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Alhamdulillah3 ~ Tahniah tuan/puan/cik/encik! Semoga terus maju jaya dengan cemerlang! :)
DeleteHai saya nak tanya, PLK ni buat setiap minggu lepas kerja ke? By the way love your blog!
ReplyDeleteHai, PLK ni diadakan pada hari Sabtu & Ahad sahaja (2minggu sekali). Kelas dari jam 8pagi hingga 6/7petang. Hehe thank you!
DeleteCer jujur susah tak untuk halal bgi short term memory ada any tips?
ReplyDeletePada pendapat saya, senang utk hafal kalau kita ada minat. Bila kita minat, insyaAllah kita akan sentiasa cuba utk belajar lebih mendalam dan benda tu kita akan ingat je sampai bila2.
DeleteTapi kalau kita cuba hafal dan belajar semata-mata utk jawab exam, pd saya mungkin agak susah sikit kot nanti utk kita apply pd soalan dlm exam sbb takut jadi blank. Takut terkeliru dgn apa yg kita hafal dan apa yg kita faham utk di"apply"kan pd soalan sbb belajar dlm masa yg singkat.
Jujur sy kata, memandangkan kita bekerja, kita mungkin tak sempat utk study setiap inci subjek yg kita belajar. Tapi sgt penting utk kita provide masa lebih2 lagi waktu nak exam utk kita study & buat revision. Saya cuti straight 2-3 minggu pd musim exam sbb tu je masa yg ada utk fokus study.
Assalamualaikum. Sorry nk tanya, PLK ni khas untuk yg berkerja sahaja ke? Kalau tak bekerja tapi minat nk amik legal studies boleh ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh sahaja ambil kos ni.
DeleteMin, saya ad few pertanyaan. Boleh ke kita berhubung melalui email? 🙏🏽
DeleteBoleh. Hubungi saya melalui emel > lya_under18@yahoo.com
DeleteSalam sis nak tanya, untuk degree kedua wajib ada muet atau tak ya? Sebab baca kat syarat takde mention muet tapi ada orang cakap masa apply tu dia renew balik muet bagi dapat band 4. Aish confuse.
ReplyDeleteWassalam. Kalau tidak silap saya tak perlu. Yg penting CGPA first degree sekurang-kurangnya 2.00.
Deletehi, nak tanya apa beza LW224 (full time) and LW214 (part time) both after grad boleh je kan nak practice? ke part time ni ada certain limitation compare to fulltime? mohon pencerahan.
ReplyDeleteHi. Utk fulltime lepas grad u boleh chambering & practice.
DeleteTapi utk part time, after grad u kena sit exam CLP first. After pass the CLP, then only boleh chambering & practice.
Terima kasih Sis di atas inspirasi, Saya dah mendaftar kemasukan Mac 2025. Wish me luck..
ReplyDelete