Pengalaman awal PJJ/PLK UiTM Shah Alam
Assalamualaikum w.b.t 😊
Hari ni saja nak cerita pengalaman first sem buat PJJ/PLK di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah lepas grad Diploma in Law & Syariah masa bulan Sept 2015 hari tu, saja2 cuba apply Degree Law kat UiTM.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah kerana diberi peluang utk sambung belajar di Uitm Shah Alam dlm kos Bachelor of Legal Studies (Hons) :) Tapi............ 5 tahun laa HEHEHEHEHE (gelak sinis) 😀 Rasa macam benak je nak tunggu 5 tahun tu .. Nak dapat fulltime memang susah sikit la cite die kan? Sebab uitm ni selalu dahulukan budak asasi & diploma dari uitm sendiri.
So, before pergi daftar, memang jari jemari ni asyik mencari pengalaman PJJ org lain la kat google. Tapi tak banyak pun yang keluar. Dan tak semua benda yang kita nak tahu, ada kat situ. So kepala otak ni asik berdenyut memikirkan, "BOLEH KE AKU NI? PJJ KOT. JB-SHAH ALAM KOT. TAK KELAKAR KOT. UITM SUSAH LA WEYH." 😕
So, awal Februari 2016, dengan perasaan nervousnya datang ke Shah Alam bersama dgn mak, abah dan 2 orang bestfriend aku since sekolah rendah dulu. Diorang ikut nak bagi semangat and at the same time diorang tengah cuti sem. Sehari sebelum hari pendaftaran, kiteorang jalan2 lah pusing shah alam n pergi ke i-City.
HARI DAFTAR
Tibalah hari mendaftar.. daftar kul 8.30, aku sampai uitm kul 6.50 pagi .. Engko ghase????? 😂 Hahaha Nervous tauuuu! 😌 Aku kalau nervous memang mcm tu .. Pukul 8 tengok manusia makin ramai .. wuuuu .. Lepas tu beratur punya la panjanggg utk daftar .. Tak sangka jumpa ramai kawan masa diploma yg daftar sekali .. Baru la hati ni tenang sikit sebab ada member. (sbb aku tak boleh hidup seorang diri) 😛 Ekekeke .. Masa nak daftar tu, masa tu dah nampak dah org2 yg sama kos dan mungkin sama kelas dgn aku. Mak aihhhhhhhh, makin nervous. Semua umur atas aku .. 24,25,26,32,40an malah pakcik umur 65thn pun ada 😮 Muka semua nampak intelligent gila weh .. Makin nervouss dibuatnya. Korang yg takde darah nervous takkan faham org yg nervous mcm aku 😷 Most of them dah berumah tangga. So aku terasa sangat adik2 gituw Kahkah. 👱😎
Lepastu barulah dapat jadual kelas. Ada 7 kali seminar. Sebulan 2 kali. Kelas hari Sabtu dan Ahad.
Ni la tarikh jadual seminar sem 1 aku
Minimum jam kredit per sem 10 jam kredit (kalau tak silap) utk first sem. So, aku amik 4 subjek (Malaysian Legal System 1, Contract 1, English for Critical Reading & Tamadun Islam).
Seminggu sebelum start kelas tu, scroll2 FB, jumpa plak post:
"Korang ingat senang ke masuk UiTM? C- pun dah kene repeat" 😮😲
Tiba2 rasa, hmm nak pegi ke tak ea kelas hujung minggu ni. Hahaha. Padehal baru first class tu 😆
FIRST DAY CLASS
Takpe. Kuatkan hati. So, hari jumaat gerak dari JB dgn mak n abah. Stay kat GoodHope Hotel. Hari Sabtu pagi pegi kelas .. 1 kelas ada dlm 25-35 org.
- Pagi kul 8.30 - 12.45 t/hari, kelas MLS 1.
- Lepastu 12.45 - 2.00 rehat Solat n Makan. Ada je org yg jual makanan kat dalam fakulti tu. Tp kalau nak makan kat luar pun boleh. Ko nak makan kat luar U ke luar kawasan ke luar negara ke, suka hati ko la. Jgn tak dtg kelas seterusnya dah la.
- Tengahari kul 2.00 - 4.00, kelas ELC.
- Petang kul 4.00 - 6.15, kelas TITAS.
- Malam kul 8.30, kelasss membongkang laaa apa lagi Ekeke.
First day kelas mcm biasa la kan sesi ko kenal aku, aku kenal ko, kita kenal lecturer, lecturer bagi konsep pemarkahan and so so. Gelak dgn member baru pun bunyinya HIHIHI 😁. Lepas berbulan-bulan kenal, hmm gelak mestilah dah ikhlas HAHAHAHA 😂😂😂 KAHKAHKAH.
Masa ko gelak mcm tu, baru la member ko akan tegur, "Kelakar rupanya budak ni .. Masa daftar hari tu, rasa mcm takut2 je nak kawan .. Sopan je ..". So, masa tu gelak ko akan jadi terlebih ikhlas berdekah. 😆 Kehkehkeh.
The next day, kelas Contract. Aku suka sgt lecturer tu even dia garang, strict. Memang heaven lah kelas madam tu je tiap2 hari Ahad 👍 Lagi2 study contract. So ahad tu mmg fokus kat subjek tu je la 100%. Kalau korang daftar subjek awal, dapatlah balik awal. Kalau lambat, lambat lah kau balik hari ahad tu. So ahad habis kelas kul 12.30 t/hari. Pastu terus gerak balik JB .. Lepas tu hari Isnin keje.
Tipu la kalau ckp tak penat kan? Sedangkan org yg duduk sesaje kat rumah tak buat apa pun boleh ckp dia penat. 😜 Gurau2 k.
So first seminar tu antara rasa dgn tak rasa je la penat dia sbb otak belum dibenakkan sgt dgn assignment n homework. Hehe.
Utk second seminar n seterusnya, aku jumpa iklan homestay kat seksyen 7. RM200/per night. Dlm semua perfect n mcm duk kat leisure holidays 😍 walaupun tu flat pkns. Hehe. Terpaksa lah utk org yg duduk jauh2 ni. Pengorbanan duit hanya utk duit minyak, duit homestay, duit jajan utk ko mengunyah kat homestay tu, dgn duit makan. Plus duit belanja kalau kaki ko gatal pegi jalan kat Jakel lah, Ariani lah, butik yg sekangkang kera depan mata ko tu .. Hehe
TIME MANAGEMENT
Time management ko mesti kene pandai. Bagi2 masa nak study n kerja. Kerja of course la 5 day per week, lepas tu kalau ada kelas, ko rasa mcm tak rehat. Aku bukan taknak naik bas pegi ke sana. Tiap2 kali aku rancang nak naik bas, mak dan makcik nak ikutttt .. Sebabbbbbbbbbbbb.....................nak gi IKEA, GM KLANG, KENANGA, Butik2 Seksyen 7 ...... Ko ghase????? Hahahaha 😄 Takpe .. Tanpa diorang, tak mungkin aku dpt membesar dgn baik sekarang 😉 Masa mak keje dulu2, Moksu yg jaga aku dari kecik .. Lagi satu sbb biasalah perempuan, banyak barang wehhh HAHAHA ..
Then bila dpt assigment, kadang2 ko akan tercuri masa buat assignment masa tengah kerja. Masa awal2 dpt, ko taknak buat kan? So tiba hari ko nak kene submit, masa tu barulah ko akan dengar suara dari corong2 ofis ko "Wuuuu, budak degree busy seyh", "Wuuuu, baik semacam ko tak keluar berjalan minggu ni".. Hahaha dan ko akan terima lebih banyak Wuuuuu drpd itu. 🙍
i-CLASS
Lepas tu, ko kene rajin check i-Class. Kat i-Class tu tempat ko berhubung dgn lect. and kawan2 yg lain. Kene rajin bukak, post, dan jawab. Kadang2 ada lect bagi notes utk next seminar kat situ. Ada yg bagi kuiz kat situ. Ada yg bagi assignment kat situ. Mcm Astro lah senang cite. Macam Macam Ada! Ko jangan ambil tak endah je i-Class ni sbb kadang2 sebab kau ambil tak endah la ko punya carry marks tak membantu. Ada lect ambil markah utk participation dlm i-Class ni. Ada yg tak. Masa aku sem 1 dulu, ada je kawan2 yg tak pernah log in lansung. So, carry marks nya agak rendah.
NASIHAT
Ko kene ambil endah la pada setiap sudut sedut sendat semua. Ko kene lah faham. Study pun sebulan 2 kali. Lecturer pun tak kenal semua budak PJJ/PLK dia. So kalau dlm kelas tu, bagi la perhatian 100% pada lect. Jgn terlepas sikit pun 👀. Kita bukan fulltime student nak tanya and nak suruh ulang ajar setiap masa. Lect pun nak habiskan syllabus pelajar within that 7 seminar u know? Lepas tu, kelas dah la 7 kali je. Kalau takde masalah penting, janganlah suka suka ponteng. Kawan2 ajar dgn Lect ajar belum tentu sama. Jadi, manfaatkanlah semua dengan sebaiknya. Kalau kita dah masukkan diri kita sendiri dlm alam PJJ/PLK ni, we had to do as it is. Jangan pulak kau elok masuk pintu uitm, tiba2 kau keluar dari pintu butik seksyen 7. Hehe. Maksudnya, buatlah yg terbaik. Aku pun harap aku dpt habiskan 5thn ni dengan jayanya. Semua kawan2 pun aku doakan yg terbaik. Hehe Baik kan aku ni? Kahkah wehh taklah.. Saje je.. Tiba2 aku rasa aku serious Ekekeke. 🙆
FINAL EXAM
So pejam celik pejam celik dah last seminar .. Tup tup dpt tarikh exam. Wuuuuuuu, menangis tepi bucu katilll .. Masa tu baru fikir, "YaAllah, dah nak exam? YaAllah, apa yg aku dah belajar selama ni? YaAllah, seriouslah exam minggu depan?". Hahaha masa tu ko rasa semua benda tak kelakar. Paling tak kelakar masa tu sebab 3 paper kene exam time bulan puasa .. Lagi 1 paper, 2 minggu lepas raya .. Masalahnya ada ke org gi beraya bawak buku? Ekekeke .. Sabor je lah kan ..
So masa exam bulan puasa tu (Jun 2016), seminggu lebih aku bermastautin kat homestay tu. Aku cuti kerja seminggu sbb tu je lah masa aku nak study.
tudiaaaa .. dia punya seminggu, mcm cabut lari dari rumah Ekekeke
So aku manfaatkan masa aku duk sorang2 kat situ dgn study dan buat past year paper sebaiknya. Aku, orangnya aman. Tak suka bising2, Tak minat dengar radio, Tak suka diganggu pada certain waktu. 🙅 Hehe. Exam kat Dewan Raja Muda Musa. Exam beramai-ramai penuh satu dewan kadang2 ada yg sampai meja exam atas pentas. First 3 papers masa bulan puasa tu aku rasa semua paper tak cukup masa.
Paper contract lagi lah tersangatlah tak cukup masa sebab jawapan kene jawab mcm level phD .. Lol! Dapat pulak org mcm aku yg tulis lemah gemalai .. Mmg tak cukup masa ko .. Aku tak sempat jawab 1 soalan weh! Mmg terkejut sgt bila dia umum masa dah tamat. Masa tu rasa mcm nk jerit je dlm dewan tu .. Tiba2 penjaga peperiksaan tu dah sampai kat meja aku nak collect paper .. Aku siap cakap sambil menulis jawapan terakhir tanpa tengok muka dia weh haha .. Aku ckp "Boleh amik paper yg belakang2 dulu lah, saya belum siap". Dia gelak je. Dah habis collect org lain punya, dia siap tunggu aku tulis last word wehh baik betholll 😍 Lepas dia collect, pusing kepala 360 darjah, tengok muka member2 semua relax gila diorang! Mcm xde pape masalah. Pastu aku tanya sorang2, sempat jawab semua ke tadi? Semua jawab sempat. Bila diorang tanya aku, aku ckp la ak miss 1 soalan (20markah). Pastu diorang tanya mcm mana boleh tak sempat jawab? Masa tu aku dh pasrah n dah boleh bayang apa result aku 😭
Last paper was MLS 1. Paper time raya .. Baca sambil makan dendeng lah jawabnya 😏 Walaupun baca last minute, alhamdulillah masuk jugak la dlm kepala otak .. Dlm sedar tak sedar, masa jawab paper yang 3 jam tu, 1 jam pertama aku dah keluar Hahaha 😃 Berlagak seyhhh haha .. Tak taulah. Tp aku rasa aku puas la jawab exam tu .. Lagi satu mungkin excited sgt kot sbb Last Paper mehhhh .. Jasad kat ShahAlam - Kepala otak dah kat JB Ekekeke. 😍 PUAS HATI semua exam dah habisssssss! Baru lah boleh beraya dan ber'open house' dengan senang hatinya Hehe.
RESULT
Tup Tup Tup Tup bulan Ogos 2016 takde angin takde ribut, kul 12 pagi member duk hantar whatsapp, "Dah check result lom?". Fine, tak kelakar. Dia baru tanya, aku dh nak terkencing. 😣 Nervous. Rasanya mcm baru semalam aku jawab last paper Hahah. Org lain semua dah dapat result email dari Salam.Uitm .. Aku refresh inbox mail namratus juta kali, takde pun email dari uitm 😟 Dengar result member ada yg Pass, ada yg failed kene repeat, aku ni mcm terkontang kanting sbb tak tau apa result aku. Hati dah resah gelisah je .. Tak tenang aku tido mlm tu .. Senang cite tak tido lah .. Esoknya kul 9 pagi baru la dapat email Salam tu ..................
Alhamdulillah thumma alhamdulillah yaAllah .. Alhamdulillah .. Jap, nak nangis belakang pintu jap... 😌
Hi zuliana,
ReplyDeleteCamne tahun ni? Ada tips nak share ? 😁
Hi Sre 😀
DeleteAlhamdulillah everything going fine 🤗 Tips ek 🤔 So far the same tips as stated above 👆🏼 and of course work hard, study smart and dont ever make lecturer annoy with any of your classmate as the result uolls will involved in a disasterrr later Ekekeke 🤣
Salam hi, utk yuran msuk pjj ni brrapa ya? for degree
DeleteSalam hi, utk yuran msuk pjj ni brrapa ya? for degree
DeleteWassalam Ummu Khair. Yuran masuk kalau tak silap saya dlm RM2k.
DeleteBayaran utk jam per kredit RM120.
bagusnya ...inshaalah nk buat plk jugak harap2 jadi n berjalan lancar semuanya
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan awak! :) InsyaAllah
Deletehi, nak tanya ape beza kursus utama dgn kursus bukan utama tu ye? kursus utama tu wajib amek ehh?
ReplyDeletehi :) Haah awak. Kursus utama tu wajib amik. Kursus bukan utama tu is an elective course such as national kesatria.
DeleteSalam.nk tnya..
ReplyDeleteIf apply pjj,3rd languange & national kesatria wajib ambil ke?
Wassalam. 3rd language wajib. National kesatria selalu dpt exemption :)
DeleteSalam, hi, nak tanya, national kesatria sem 1&2 wajib ambil ke? Boleh transfer credit tak bagi subjek yang saya dah belajar masa diploma? Thank you :)
ReplyDeleteSalam n hi. National kesatria dpt exemption. Boleh transfer credit jika awk dari uitm juga n jika diluluskan permohonan transfer. Mcm sy diploma law juga dari kuim, permohonan transfer sy x lulus mungkin sbb skema lain :)
DeleteAssalammualaikum...saya memang nk berminat nak belajar sambil kerja...tp saya x thu cara2 nya boleh tak ajar saya mcm mna yea..sy nk ambil bidang radiology...
ReplyDeleteWaalaikumussalam .. cik boleh search dulu universiti mana yg ada buat part time utk bidang radiology & lihat bila tarikh pendaftaran dibuka. Bila tarikh pedaftaran dibuka, cik boleh beli no pin di BSN. Saya tak sure jika U lain juga no pin nya berasingan bagi full time dan part time seperti UiTM. Masa beli no pin ni, sy ckp nak beli no pin utk part time uitm :) Nanti cik boleh rujuk di kaunter BSN. Lepas tu cik boleh lah apply di laman web U tersebut. Dalam tempoh sebulan dua selalunya dah dapat keputusan permohonan. Good luck cik! :)
DeleteMacam mana exam pjj? kita buat online ataupun kena datang uitm untuk ambil paper?
ReplyDeleteSaya PLK, perlu ke uitm untuk ambil paper. Kalau tak silap saya, PJJ pun perlu datang uitm juga utk exam.
DeleteHi masa hari pendaftaran, kne bayar apa2 tak?
ReplyDeleteHi. Seingat saya mcm tak ada. Bayaran kalau tak silap saya selepas daftar subjek sekaligus yuran pendaftaran.
DeleteSalam, macam mana nak choice antara masuk plk (kelas weekdays) dan e-pjj (kelas weekend)? Saya kalau boleh nak plk
ReplyDeleteWassalam. PLK (Pengajian Luar Kampus), e-PJJ (Pengajian Jarak Jauh). Utk PLK student perlu datang ke kelas, e-PJJ student belajar melalui online (sy tak sure jika perlu ke kelas atau tak). Kedua-duanya akan berlansung pd weekend. Kalau tak silap saya, utk part time, PLK hanya utk kursus law & accounting sahaja. Kursus yg lain2 semua e-PJJ. Cik nak ambil kursus apa ya? :)
DeleteHi! Senang tak kalau nak masuk pjj dekat uitm? Potensi untuk masuk pjj dkt uitm tu agak agak cerah tak huhu
ReplyDeleteHi! Senang insyaAllah :) yang penting menepati syarat kelayakan mengikut kos yang nak diambil :)
DeleteWaalaikumussalam :) I'm here .. sorry for the late :D
ReplyDeleteOhh mungkin di blog lain tu zaman dulu punya. Dulu memang kelas dibuat pada waktu malam. Sekarang kelas dibuat hujung minggu (8.30 pagi hingga 6.15 petang). Kecuali jika lecturer ada nak buat kelas ganti.
Saya juga pernah mohon untuk transfer kredit bg subjek yg dah belajar tapi tak diluluskan kerana silibus pembelajaran masa di ipts tidak sama dgn uitm. Even diploma dari Unisza juga tidak diluluskan utk transfer kredit. So far, majoriti dapat pengecualian untuk nasional kesatria sahaja & pengecualian subjek administrative law bagi ex-uitm kos public admin.
Oh okay faham. Terima kasih reply :)
ReplyDeleteassalamualaikum, akak, susah tak nak score untuk pjj untuk kos law ni? :(
ReplyDeletelagi satu .boleh ke nak amik pjj ni atad alasan sakit ?
DeleteWaalaikumussalam dik. Susah bila kita sendiri tak bersungguh-sungguh belajar. 4 semester yg lepas, markah utk carry marks 30% + final exam 70%, yg ni memang lah kalau tak study betul2, possibility utk failed tu sgt tinggi. Masa ni agak susah jugak la nak score. Paling2 pun cukup2 makan je hehe. Last year baru start carrymarks 40% + final exam 60%. Start yg ni baru lah nampak agak ramai juga boleh score.
DeleteAtas alasan sakit? Maksudnya mcm mana tu dik kalau boleh explain lebih detail.
Awak dah bekerja ke?
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteOh i see. Kos law juga ke yg full time ni? Kalau tak silap akk, syarat buat pjj ni mesti dah bekerja. Tapi ada juga la cara-cara lainnya. Pada pendapat akak, kalau sakit tu agak/sangat mengganggu awak dari bermacam segi seperti keselesaan, utk fokus pd study, pergerakan dan sebagainya, ok juga rasanya buat pjj. Tapi jika masih ada option lain utk mengurangkan kesakitan awak setiap hari pergi kelas as fulltime student, better awak teruskan. Cuba tanya pendapat parents & lecturer juga :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteOhh i see. Kesiannya awakk. Kalau nak cerita pasal boleh bawa dgn tak boleh bawa ni ada banyak benda juga nak cerita. Akk bg some situation yg akk nampak la ea.
DeleteFirstly, majoriti yg ambil kos ni (batch akak) sebelum ni tak ada basic law. Tapi some of them boleh je la bawak. Kemungkinan besar sebab masing2 dah dewasa + faham sedikit sebanyak tentang undang2 + pernah tengok dokumen2 seperti geran tanah, surat ikatan amanah dan sebagainya. Means that diorang exposed juga la something about law. So kiranya kalau lecturer ajar tu, diorang boleh masuk jugak la.
Secondly, some of them memang kerja dalam bidang law dekat ofis masing2. Dekat law firm pun ada. Yg sebelum ni diploma in law pun ada. So yg ni lagi senang lah utk diorang faham dlm kelas sbb mmg kadang2 subjek tu sebahagian dari kerja diorang/diorang dah pernah belajar. But not to expect people of these kind boleh score A, kadang dpt cukup2 makan je. Mcm akk laaa 🤣🤣 hehe
Thirdly, ada je yg lansung takde basic undang2 and tak berapa nak expose pasal undang2. So kadang2 agak susah sikit nak faham la. Sesetengah lecturer kadang2 mengajar laju mcm semua student faham terus dibuatnya. Hehe. Tapi kadang2 org mcm ni lah yg banyak score A tau.
Konklusi yg sebenarnya, usaha tu semua dtg dari kita dik. Kita pernah ada basic ke tak ada basic ke tak menentukan sama ada kita boleh score atau tak dik 🙂 Kalau ada basic pun mungkin 10% je kot membantu.
Yuran Rm120 per credit hour.
Assessment like test and assignment still ada mcm biasa dik 😊
okay kak. terima kasih banyak2 akak luangkan masa untuk reply panjang2 ni. memang sgt informatif dan membantu. Semoga Allah merahmatimu.
DeleteSama-sama kasih :) Hehe no prob dear. Aamiin yaAllah. Good luck dear for your study! :)
DeleteAssalamualaikum. Saya baru first sem pjj uitm, nak tanya. Kalau kita terlambat daftar kos dan kos utk sem tu dah penuh. Macam mana ya? Boleh ke kita daftar kos yg tiada dalam jadual utk first sem?
ReplyDeleteTerima kasih.
Waalaikumussalam. Kalau tak silap sy boleh daftar subjek lain yg tunggal iaitu subjek yg tak dibahagikan (contohnya Titas, Malaysian History, Administrative Law etc.) Yg tak boleh adalah untuk subjek yg dibahagi pd 2 bahagian (contohnya sem 1 - contract 1. Sem 2 - contract 2. Kene pass bahagian yg pertama dulu baru boleh ambil yg kedua.)
DeleteKalau terlambat daftar n kelas dah penuh, boleh rujuk pada ined atau kpp fakulti untuk mohon masuk kelas yg ada atau minta pandangan lain.
Sama-sama.
Salam Sis,
ReplyDeleteNak tanya,
1.kalau kita ambik dari PJJ boleh tak tukar ke Full time.
2.Kalau kita keje jual beger/niaga boleh x ambik PJJ ni ? saya teringin sgt ada degree.
3.Boleh x dari 5tahun kita nak short kan ke 3 thun PJJ??
4.Saya xde basic Law tapi exposed psl geran tanah,contract sewa beli perumahan & politics .agak2 boleh ambik LAW x ?
Thank You.
Wslm
Wassalam Bro. Hehe.
Delete1. Kalau tak silap saya mcm tak boleh. Kalau boleh pun mungkin susah kottt. Yg sy tahu, kalau yg Fulltime nak tukar ke PJJ tu boleh.
2. Boleh tak ada masalah. Cuma nanti masa daftar dia minta lampirkan slip gaji. (Kene pandai adjust)
3. (Ni lebih kurang maksudnya dgn soalan no.1 hehe) Tak boleh. Kalau boleh, yg freelance semuaaa nak jugak Hihi. Even fulltime pun 4 tahun :) Nak taknak memang kene harungi 5 thn tu.
4. That's good! Kelebihan ada pada awak which u exposed to something related to the law. Sesuai sgt kalau nak amik :)
Welcome :)
Salam cik. Nak tanya, kesatria itu belajar pasal apa?.
ReplyDeleteKedua, diploma pun jadual dia macam degree juga ke.
Wassalam cik. Kesatria tu yang kena berkawat kat padang tu.
DeleteMaksudnya dari segi macam mana tu? Diploma PJJ ke maksud awak? Atau subjek diploma dan degree sama ke atau mcm mana?
Wassalam dik. Aah dik wajib attend kelas. Utk part time tak ada iv. Iv utk yang fulltime shj :)
ReplyDeleteAssalam, mcm mana nak cek brapa lama program pjj @ plk ni ye?
ReplyDeleteExcellent entery btw. N Gud luck miss future lawyer.
Wassalam.
Delete1. masuk ke website:
utk diploma > https://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/part-time-diploma-programmes
utk degree > https://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/degree-list-of-programmes-offered
2. pilih kos yang awak nak ambil
3. hujung sebelah kanan tu ada kotak download utk entry requirement dgn program structured.
> download bahagian entry requirement utk tengok kelayakan & tahun pengajian
> download bahagian program structured utk tahu subjek & jumlah semester
Hehe thanks dear :) Harap membantu.
Salam. Saya berminat nak buat 2nd degree part time uitm. Course law ni wajib chambering ke (praktikal). If saya nak belajar ilmu tanpa practice blh ke?
ReplyDeleteWassalam :) Boleh cik. Kalau tak nak practice, tak perlu chambering dan ambil exam CLP. Semoga dipermudahkan :)
DeleteHi assalamualaikum. Saya final year diploma. Saya berminat nk sambung degree tapi part time jelah sebab saya nk fokus kerja jugak plus bayar balik hutang ptptn �� Kalau contohnya saya sambung course yang sama, seminar tu akan dipendekkan ke? Kalau mcm full time student degree kan dia lompat ke sem 3. Ha maksud saya mcmtu lah kalau untuk part time degree.
ReplyDeleteHi waalaikumussalam. Wah seronoknya dah final year. Good luck awak! Kiranya awak dari uitm jugak ke? Kalau tak silap saya, mungkin akan dpt banyak exemption kot utk subjek yg sama. Tu yg seminarnya akan jadi pendek. Wallahua'alam. Utk maklumat yg lebih tepat, boleh rujuk pada ined :)
DeleteAssalamualaikum kak...saya nak ambil diploma epjj . Tapi ined uitm tengok ke pengalaman berkerja , kite kerja apa , berapa bulan tu sume kak ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam dik. Aah dik. At least pengalaman 2 tahun bekerja. Kerja apa tak kisah yg penting dah bekerja :)
DeleteKalau pengalaman berkerja dalam setahun lebih macam tu..ined uitm terima ke ?
DeleteWallahua'lam. Tak sure pula dik. Pandai2 la adjust hehehe.. Boleh rasanya kot ..
DeleteSalam. Nk tayer PLK untuk kos engenering ade x?? Sbb sy tgok byk kos mostly ke atah bisnes. Sy berminat nak sambung degre PLK@PJJ untuk kos engenering like ukur bahan, pengurusan bangunan at fakuliti seni bina perancangan dan ukur. Then pengambilan PLK dia ambil mcm mner? Minta pencerahan sis😇
ReplyDeleteWassalam. Maaf saya tak sure. Tapi saya baru perasan di laman ined berkenaan ni >
DeleteBagi program selain program yang ditawarkan di iNED, sila berhubung terus dengan Fakulti atau rujuk di https://online.uitm.edu.my/plk.cfm. Ada 5 kursus PLK under fakulti senibina dan perancangan ukur.
Syarat pengambilan PLK yg basic yg saya ingat, pemohon mesti telah bekerja at least 2 tahun. Syarat2 seterusnya mungkin akan dilampirkan kemudian utk kos yg tuan/cik pilih nanti :) Wallahu'alam.
salam sye nk tnye. if kite lpasan dip dr uitm then nk buat pjj degree di uitm. slalu nye pjj ni masa dia drag sikit kn drpd org yg x pjj kn.
ReplyDeleteWassalam. Aah awak. Contoh kos law, full time 4 tahun, kami PLK/PJJ jadi 5 tahun. Kalau awak dari lepasan uitm, mungkin awak akan dapat banyak exemption/boleh transfer credit if awak ambil kos yg sama. So, if buat pjj pun mungkin masa nya tak lama juga mcm pelajar pjj yg lain. Wallahu'alam
Deletenak tnya kalau pjj ni ad x yuran pinjaman dari ptptn ke
Deleteada :)
DeleteSalam, harap masih boleh bertanya tentang ni. Sy mmg nak sgt belajar PJJ ni. Tp sy ada benda nk tanya:
ReplyDelete1) Kenapa pilih UITM?
2) Bahasa apa yg digunakan dlm pembelajaran & exam?
Terima kasih
Wassalam. Masih boleh selagi ruang pertanyaan tak ditutup, hehe :)
Delete1) Pilihan mak ayah saya. Bukan pilihan saya. Kebetulan saya tak terfikir nak masuk mana2 pun masa tu. Tambahan pula, mak ayah saya juga alumni UITM Shah Alam :) Mereka mmg berharap sy study sana juga walaupun terpaksa PJJ ulang alik dari jb selama tempoh 5 tahun sedangkan umur mcm sy masa tu sepatutnya layak saja utk fulltime dan habiskan degree dgn cepat. + org kata keluaran UITM ni bagus :) Wallahua'lam
2) Bahasa Inggeris :) Kecuali utk subjek tamadun islam & sejarah malaysia (Bahasa Melayu)
Sama-sama ;)
rasanya kita sama batch tapi lain fac hehe..
ReplyDeleteHai awak :) iye ke? wahh .. awak fac mana ea?
Deleteassalam n hi...
ReplyDeletemay i know how can i reach u? i have few question to ask. thank you
wassalam n hi .. here is my email > lya_under18@yahoo.com :)
DeleteAssalamualaikum kak ... nk tnya .. Yuran keseluruhan buat pjj dlm 5 taon berapa ye ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam dik .. Anggaran keseluruhan secara kasar RM13k mengikut yuran terkini.
DeleteSalam sis, saya nak tanya boleh tak pjj tukar ke full time?
ReplyDeleteWassalam. Kalau tak silap saya mcm tak boleh. Kalau boleh pun mungkin susah kottt. Yg sy tahu, kalau yg Fulltime nak tukar ke PJJ tu boleh.
DeleteSalam sis, kalau PJJ ni wajib ke kena ada pengalaman kerja lbih 3 tahun ?
ReplyDeleteWassalam. Pengalaman kerja yg diperlukan adalah sekurang-kurangnya 2 tahun :) Awak pandai2 adjust laa hihi ..
DeleteAs salam..hi sis nak tumpang tanya,saya ni baru je daftar ... boleh tak nak tahu lebih detail macam mana nak daftar subjek n nak tahu course outline kita? Hope boleh reply Asap
ReplyDeleteWassalam .. hi awak ..
DeleteFirst sekali awak kena log in ke uitm student portal.
Nanti sebelah kanan awak ada 6 kotak di sebelah maklumat awak kat main page tu. Atas tu ada 3 kotak warna kelabu, awak click "course outline".
Utk daftar subjek pula, dari 6 kotak tadi tu, awak click pada "e academic system", then awak click "course registration", nanti awak kena log in lagi mcm awak log in kat student portal tadi. Pastu awak cari "regiister new course" and pilih subjek yang awak nak ambil sem ni.
Salam,
ReplyDeleteSy bercadang nak buat pjj untuk course Law, tapi ada beberapa soalan, kot Cik boleh tolong bagi pencerahan:
1. untuk kursus bukan utama, boleh ke tak nak ambil?
2. boleh tak nak tarik subject ke depan? Contoh, subject sem 2, nak tarik ke sem 1..
3. dengan siapa boleh sy berhubung untuk bertanya lebih lanjut?
Thanks!
Wassalam.
DeleteBoleh insyaAllah ..
1. Utk kursus bukan utama, hanya Kesatria Nasional sahaja tak perlu ambil. Selain daripada tu, perlu ambil.
2. Boleh. Kecuali utk subjek yg berkesinambungan contohnya subjek Contract 1 dan Contract 2. Awak perlu ambil dan pass kan dulu Contract 1, baru boleh ambil yg kedua.
3. Saya hanya boleh beritahu berdasarkan pengalaman shj. Utk pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi pihak iNed uitm atau layari website ined ya :)
Welcome!
Salam. Nak tanya biasanya kalau pjj ni coursework and assignment mcm mana ye? Maksudnya kalau full time ada presentation semua tu. Pjj cara belajar mcm mana ek? ��
ReplyDeleteWassalam.
DeleteAssessment mark 40%, Final exam 60%.
Markah utk assessment selalunya merangkumi assignment, test, quiz & sesetengah subjek sahaja yg ada presentation (bergantung pd lecturer).
Kalau PJJ saya tak pasti sangat cara belajarnya mcm mana. Yg saya tahu, PJJ ni belajar atas talian mengikut waktu yg ditetapkan dan tak perlu ke kelas.
Saya PLK (utk kos undang2 & business). Kami perlu dtg ke kelas setiap 2minggu sekali.
Tetapi untuk exam tetap perlu dtg ke U.
Assalamualaikum. Saya nak tanya ni. Kalau buat pjj kat uitm , pendaftaran tu boleh dibuat bila bila masa ke? Lagi satu, pendaftaran tu buat kat mana ye? Secara online atau pergi ke UITM yang kita nak masuk untuk buat pjj tu?.
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteWaktu pendafataran ada tempoh tarikhnya. Awak boleh check di sini > https://iis-ined.uitm.edu.my/register
So far yg saya baru tengok ni, kemasukan utk pjj September 2019 masih dibuka sehingga 22 Sept ini. Utk pengambilan seterusnya kemasukan pada bulan Mac 2020, pendaftaran telah dibuka sekarang bermula pada 17 September dan belum ada tarikh tutup.
Awak kene beli no pin di BSN terlebih dahulu bagitahu untuk UITM separuh masa.
Untuk pendaftaran pergi ke sini > https://online.uitm.edu.my/program_tawar.cfm
Nanti awak godeh2 la ye! Hehe
Pendaftaran awal secara online. Bila tawaran diterima nanti proses seterusnya di Uitm.
senanye pjj ni siapa² pon bole amik..tak perlu pengalaman bekerja
ReplyDeleteThanks for the info! Saya pun rasa Uitm minta pengalaman bekerja dulu2 just untuk buat syarat je untuk memastikan supaya student dpt buat bayaran yuran. Saya pun kurang pasti.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi Afrina :) Yuran keseluruhan utk 5thn lebih kurang 14-15k sahaja.
DeleteSalam..sangat menarik info yg u share dlm ni. Sye sedang bekerja n berminat utk ambil degree. Tapi x tau ape course yg terbaik utk diambil n sama ada PJJ/PLK memandangkan sye sdg bekerja & mempunyai 2 org anak. 😊
ReplyDeleteWslm .. terima kasih :) Awak sekarang kerja dlm bidang apa? Boleh tengok2 dulu course part time degree di laman ined uitm ;) Kalau dah ada yg berkenan, boleh la proceed study .. hihi .. insyaAllah boleh .. semangat kena tinggi sikit .. Bangga saya dgn org yg dah berumah tangga, banyak komitmen pun masih ada minat utk belajar :D
DeleteSalam nk tnye, pembelajaran dlam bi atau bm
ReplyDeleteWassalam. Semua pembelajaran dalam BI kecuali utk subjek Tamadun Islam dan Pengajian Malaysia.
DeleteSalam dear, sy syiqin guna acc abah ni. Haha. Soalan sy, kalau diploma law & syariah dr kuim tp dh lama grad sb kena kerja dulu, agk2 diterima x utk pjj law kt uitm ni? Sy lulusan diploma law & syariah dr kuim tp dh 2 thun grad. Oct 2017. Hrpnya masih dpt respon ye. Thank you.
ReplyDeleteWassalam dear syiqin :) Haha. Eh, hai junior!
DeleteInsyaAllah boleh. Lagipun syarat penerimaan bukan based on tempoh grad ;)
Welcome.
And mcm mana dgn muet ye? Wajib dpt band 4 ke utk pjj law ni?
ReplyDeleteYa betul. Latest requirement MUET wajib band 4 utk Pjj Law.
DeleteSalam.. Wahh info yang sgt menarik. Sy baru plan thn dpn nk sambung blajar part time tapi diploma business studies dkt uitm gak sbb lepas spm dulu terus kerja bantu family. Xde rezeki nk belajar fulltime. Umur skg 24 thn. Bygkan betapa berkaratnya otak ni. Dh lama x asah. Hehehe
ReplyDeleteWassalam.. Wah bagusnya awak .. Family adalah keutamaan kan :) Semoga dipermudahkan segala urusan awak dlm mencari rezeki dan bantu keluarga awak ;)
DeleteHaha. Itsokay. Lagipun Pjj ni mmg ramai yg dah berusia hihi. 24thn kira muda lagi lah tu ;) Takpe slow2. InsyaAllah ok. Good luck ye!
Hai.. boleh bertanya.. sy ada diploma engineering lepastu degree nak amik pjj human resources boleh ke..?
ReplyDeleteHai .. boleh .. boleh tak ada masalah .. yg penting penuhi requirement :)
DeleteSalam..hai...best klu geng2 grad bwt cerpen..hihi...awesome!..bkn snang kan nk dpt dip/degree...sy pon tertarik dgn criter awk ni..best..rse mcm nk gak g blajar..hihi
ReplyDeleteWassalam .. hai .. heheh .. tu lah sedikit sebanyak jalan cerita n pengorbanan masa belajar .. hihi jom lah belajar :D
DeleteSalam..Hi...
ReplyDelete1-LW213 ni, klu lps grad & nak practice, Apa stepnya? Kena go through CLP first atau boleh straight chambering
2- Saya tkde muet tp offer dh dpt...adakah perlu saya ambil muet juga?
TQ in advance
Wassalam .. hi ..
DeleteSorry lambat reply. Saya baru habis final exam. Baru perasan komen ni.
1- Utk yg ni saya tak berapa pasti nak jawab mcm mana. As so far sekarang, lepas tamat LW213 yg sy tahu masih berpeluang ambil LLB, then chambering 9 bulan.
Tetapi ada juga desas desus yg mengatakan LLB sudah tidak ditawarkan lagi pd student LW213 dan perlu ambil exam CLP.
Saya mendengar macam2 cerita utk peringkat seterusnya ni sampai dah malas nak ambil tahu either sambung LLB atau CLP. Fokus sy sekarang adalah utk tamatkan dulu pengajian LW213.
2- Oh. Adakah ini second degree tuan? Selalunya yg second degree tak ada requirement utk muet dan tak perlu ambil muet.
Welcome tuan.
Thanks for the reply...
DeleteI see baru habis exam... hopefully u r doing doing well in your exam..
So betul juga..just complete the study first then only go with the flow la can? As long as can practice, which ever route shud be ok.
A'ah ye..dh 2nd degree..Sy dh register last Wed with others outcamp student.. so you're gonna be my senior la eh... Nnt boleh la bagi tips2 lagi ye...
Welcome ..
DeleteHee .. Alhamdulillah insyaAllah .. btw thanks :)
Absolutely right! Tapi kalau nak puaskan hati tuan atau utk pengetahuan lanjut, nanti boleh refer & tanya pada lect. masa dlm kelas :)
Oh i see. So no need for muet dah. Wah dah register :D So akan kelas tuan akan start pada bulan Mac ni kan? Hehe boleh insyaAllah..
Hi, boleh tak nak tanya intern utk last sem tu mcm mana? Intern memang tak ada kan? Tapi kena masuk student portal register ke utk intern tu? Sbb kalau tak payah register, boleh masuk kan subject lain kan kt sem tu. saya nak susun subject ni ��
ReplyDeleteHi. Intern memang tak ada. Utk kos lain saya tak pasti. Utk kos law memang tak ada intern dalam course outline. So, boleh susun subjek ikut kemahuan tuan.
Deletehi, sy nak tanya.. sy dah ada muet tapi band 3 and maybe akan ambil semula untuk naikkan band. Band 4 yang diperlukan is sebelum masuk atau tak boleh graduate kalau tiada band 4? pjj ada koko ke?
ReplyDeleteHi .. Band 4 diperlukan sebelum masuk sebagai salah satu syarat kelayakan bg kemasukan program ni :) Dalam pelan pengajian mmg ada koko iaitu national kesatria, tapi semua pelajar pjj akan dikecualikan.
DeleteSo untuk pjj mmg kene band 4 or cane kalau yang rendah tak boleh apply ke
DeleteSyarat Muet band 4 ni hanya utk Kos Undang2 sahaja bagi lepasan SPM, STPM, Diploma, dan Matrikulasi/Asasi.
DeleteBagi yg ambil kos ni sebagai degree kedua tak perlu Muet.
Refer > https://ined.uitm.edu.my/images/iceps/degree/2020/lw213_06012020.pdf
Hi, nak tnya. Sya dh 2 thn bekerja dan igt nak buat degree part time dkat uitm nak amek acctg sbb sya llusan dip acctg so kena mohon thru upu ke? Lpas tu kalau sya nak pengecualian kredit blh ke? Thanks in advance !
ReplyDeleteHi.
DeleteFirstly, awak kena check dulu di laman iNed uitm atau sekarang dikenali sebagai iCeps.
> https://ined.uitm.edu.my/
Pastu awak pilih admission. Kat situ nanti awak akan jumpa borang online.
> https://online.uitm.edu.my/ined/
Boleh tengok sesi kemasukan pada bila serta tarikh permohonan dibuka.
Jika permohonan dah dibuka, beli no pin di BSN. Bagitau yg awak nak beli utk part time Uitm. Sbb dia mmg ada khusus utk tu.
Pastu awak apply under iNed uitm tu. Tak perlu thru upu.
Boleh. Nanti utk pengecualian kredit pun boleh dibuat di laman ined tu juga.
Welcome :)
Hi nak tanya, bagi pendapat akak lagi okay belajar fulk time or part time, sebab saya baru habis diploma in science and sekarang tgah bekerja as kerani. Ade bercadang nak amik plk and pjj sebab kalau full time, lame lagi saye nak tunggu utk bekerja. Bukan ape saye bukan dari orang yang senang and anak sulung. Parents pulak dah berumur. So kene kerja. So apa pendapat akak.
ReplyDeleteHi dear.
DeleteBagi pendapat akak, kalau dlm situasi awak ni, mungkin lebih baik awak buat part time rasanya. Dlm masa yg sama boleh bantu keluarga awak juga kan sedikit sebanyak :) Awak cuba tengok2 dulu nak ambil kos apa dan kat mana kampus yg awak akan belajar utk part time tu. At least awak boleh prepare dari segi fizikal, mental dan kewangan.
Ha dan nak tanya, ada yang kata kalau subjek menghafal senang utk pjj dan plk, tapi kalau subjek mengira susah
ReplyDeleteHehe yg ni mcm mana ea nak cakap .. situasi dia mcm ni,
DeleteStudent account tengok student law study, diorang rasa seram sebab dengar kiteorg try hard nak hafal banyak kes, fakta n principle.
Student law tengok student account study, pun rasa seram sbb kira mcm2 pastu tak tally lah apa lah. (In fact, student law mmg tak terror math sgt. Suruh kira2 sikit pun pening kadang haha)
Student medic tengok org study law pun diorang siap nak tabik kiteorg. Sedangkan kita tahu betapa susahnya org belajar medic tu nak jadi doktor.
So, study apa pun akak rasa tahap kesusahan/kesenangan dia tak banyak beza. Semuanya bergantung pada diri kita dan minat kita sendiri. Kalau kita ikut ckp org, but at the end kita tak boleh go dgn subjek yg kita amik tu, tak ok jugak kan?
So, tengoklah kekuatan awak kat mana.
Hai assalamualaikum. Saya sekarang merupakan pelajar full time UiTM Shah Alam dalam bidang Pengurusan Hartanah. Saya teringin sangat nak ambil law tapi tak lepas huhu. Saya nak tanya, lepas saya menghabiskan pengajian saya yg sekarang, saya boleh ke ambil bidang law as my second bachelor's degree secara part time? Syaratnya lebih rendah ke? Saya plan nak ambil sbb minat so ambil BLS dlu tak pasti nak LLB atau tak untuk ambil chambering dan practice. Thanks in advance!
ReplyDeleteHai waalaikumussalam.
DeleteWah! Saya pulak teringin nak ambil bidang Pengurusan Hartanah. Jom kita tukar! Haha. Yeke? Bahagian mana yg buat awak tak lepas utk ambil law tu?
Boleh ambil law as your second degree secara part time. Sesuai.
Syaratnya cuma perlu CGPA at least 2.00 je.
Refer > https://ined.uitm.edu.my/images/iceps/degree/2020/lw213_06012020.pdf
Ohh. Oklah kalau ambil BLS dulu. Utk practice tu boleh fikir dan tentukan kemudian ;)
Welcome :) Semoga dipermudahkan segala urusan.
Pointer masa saya matrik tak lepas hehe! Muet pun dapat band 3 je. Muet takpe lagi boleh repeat tapi pointer tu ta boleh nak fix. Sebenarnya saya dpt tawaran ke asasi uitm dalam bidang law untuk sesi 2 2018/2019 tapi masa tu saya dah habiskan satu sem di matrik. Saya mmg dah tak boleh bawak sains nut my sister ask me to habiskan jgk. So tamatlah matrikulasi dgn pointer yg tak seberapa hehe but alhamdulillah still manage to pursue degree. Mmg pointer 2.00 je eh?nanti nak masuk guna result first degree or matrik? Wah kalau gitu ada peluanglah untuk saya ambil legal studies ni! Insya-Allah.
ReplyDeleteOhh i see .. hehe itsokay .. Aah nak pointer your first degree at least 2.00. Guna result degree okayyy. Utk second degree dah tak perlu nak ambil muet sampai band 4 dah ;) Good luck in struggling for your studies, Amirul!
DeletePointer tak seberapa sbb matrik saya ambil sains tulen and I got 2B and 2B-. Dpt B saja pun pointer dah drag jadi 3.0.😢
ReplyDeleteMasyaAllah pandainya! Bukan senang nak dpt gred mcm tu. Pernah dengar juga member kata matrik susah. It's okay. Think positive, stay wise and keep hope :)
DeleteHi heheheheh thankyou for reply my question before. And ade nk tanya lagi biasenya final exam die akan buat macam mane? Sabtu and ahad jugak ke. And yuran per semester agak agak berapa?
DeleteHi hehe welcome dear. Final exam akan dibuat ikut tarikh mcm biasa. Weekdays ada weekend pun ada. So kalau kena weekdays, kenalah apply cuti kerja. Yuran per semester lebih kurang RM1400K++. Tapi sekarang utk course undang2 telah diperkenalkan dgn mode baru. (Nanti sy update di next blog) Kalau nak kira, 1jam kredit bersamaan RM120.
DeleteSalam kak . Kalau graduan vokasional n amik pjj . Tempoh pengajian drop jgkkn ?
ReplyDeleteWassalam.
DeleteTempoh pengajian drop kalau awak dpt banyak pengecualian kredit.
Utk kos law, sekarang pelan pengajian baru diperkenalkan. Tempoh pengajian 3-4 tahun. Boleh refer entry last akk.
Hello , boleh sy dapatkan email atau no whatsapp untuk pertanyaan lebih lanjut tentang kursus LW213 ni? Sy pun dapat tawaran PLK untuk course ni. Ni yang sedang buat research.
ReplyDeleteHello, boleh. Email : lya_under18@yahoo.com
DeleteSalam nak tanya. Keputusan permohonan untuk pjj sllunya berapa lama nak tunggu??
ReplyDeleteWassalam. Kalau tak silap saya dalam 1-2 bulan selepas permohonan dibuat.
DeleteKalau nak buat pjj kena ade muet ke?
ReplyDeleteUntuk Diploma PJJ, tidak perlu MUET.
DeleteTapi untuk Degree PJJ, perlu ada MUET.
Nanti time degree, KO wajib amik lagi ke ? Sy lepasan matriks 😊
ReplyDeleteKalau PJJ/PLK (Part time) tak wajib. Kalau fulltime, wajib rasanya.
DeleteNak tanya.. Macam mana nak ambil bachelor legal studies UiTM nie ya? Kena apply dekat mana? Dan apa syarat2 nya?
ReplyDeleteSyarat kelayakan untuk bachelor legal studies boleh didapatkan disini ya ;
Delete> https://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/degree-list-of-programmes-offered
Pilih no 56 kod LW213 atau
> https://ined.uitm.edu.my/images/iceps/degree/2020/lw213_17072020.pdf
Cara-cara permohonan :-
1) Semak sesi kemasukan dan tarikh permohonan dibuka di
> https://online.uitm.edu.my/ined/
2) Beli no pin di BSN (bagitahu nak beli untuk kursus separuh masa uitm)
3) Isi borang mengikut peringkat pengajian yang dipilih (akan ada arahan seterusnya yang akan diberikan kemudian).
Nak tanya lagi,, borang permohonan tu kena hantar by hands ke Uitm Shah alam ? Atau permohonan tu dah siap hantar secara online ke uitm. Shah alam?
DeleteSebab saya tengok,, bila nak cetak borang permohonan tu,, dia ada bahagian tanda tangan pemohon yg kosong (mcm borang tu kena print dan isi) .
Ke mmg mcm tu ya?
Kalau tak silap saya, borang dah dihantar secara online ke uitm. Lepas tu tunggu jawapan daripada uitm melalui surat yang akan dipos kepada cik/encik. *Saya tak ingat sangat berkenaan dengan pengisian borang dengan surat tawaran kelulusan ni. Sorry ya. Hehe
DeleteYang saya yakin, memang tak perlu hantar by hands. Lebih-lebih lagi sekarang musim covid, segala urusan dikendalikan secara online termasuklah urusan pengambilan intake baru.
Kalau cik/encik perlukan kepastian, boleh berhubung dengan staf iCeps/iNed uitm. Dapatkan no utk dihubungi di website iCeps ya.
Salam nak tanya, kalau bt pjj boleh pinjam ptptn?
ReplyDeleteWassalam. Boleh :)
DeleteSalam sis..masih belajar lagi atau dah habis
ReplyDeleteWassalam. Masih belajar lagi. Final year.
DeleteSama laa sis...uitm s saya ambil sport😁😁
DeleteHehe ohh yeke .. so mcm mana dengan kelas? ODL / physical class?
DeleteHi sis, recommended tak kalau orang macam I (berkahwin, bekerja dan ada anak) nak buat 2nd Degree PJJ/PLK in Law. I ada basic sikit je sbb pernah belajar asasi undang undang tu pun tak ingat banyak but have little experience je. I'm so worried kalau its going to make me so busy with assignments, nak focus exam apa semua and have no time for my family, or I'm afraid that it could affect my results. I'm scared of wasteful half-way journey sbb i banyak dengar orang lain macam tu, seriously. I'm still thinking about it, cuma i need to hear from you sbb u experience juga kan.
ReplyDeleteHi. Waaah! Baguslah dah belajar asasi und2. Lagi senang sebab dah ada basic. I'm not so sure to talk about this because I'm single hehe.
DeleteTapi kebanyakan kawan saya majoriti telah berkahwin dan ada anak. Apa yang saya nampak, diorang okay je so far. Ada yg semangat tinggi, ada yg terlalu sibuk dengan kerja, yg busy dgn out-station nya lain, yg anak tak sihatnya lain, yg terpaksa tak datang kelas sbb urusan kerjanya lain, dan macam-macam cerita. Saya selalu risaukan diorang sbb saya nampak diorang macam tak dapat nak fokus sangat utk study. Tapi akhirnya, diorang berjaya buktikan yang diorang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Kadang2 diorang tak dapat cuti lansung utk study utk final exam. Tapi diorang masih mampu lulus walaupun study dalam tempoh yg singkat. Kadang2 orang yang ada masa utk study utk final pun belum tentu lulus dlm exam.
Ada juga yang baru saja kawin pun (dalam tempoh study PJJ/PLK), lepastu diorang terus berhenti. (Tak berapa pasti puncanya) Ada juga yg extend semester.
Pada pendapat saya, perkara ni bergantung pada kemampuan diri masing-masing juga. Kalau memang tekad nak belajar, insyaAllah akan dipermudahkan. Sesusah manapun perjalanan yg dilalui masa study tu, tak sempat nak belajar ke, sibuk sgt ke, kalau kita lulus tu mungkin berkat usaha kecil/besar kita sendiri dan berkat doa-doa orang sekeliling kita dengan izin Allah.
Personally, saya faham diri saya sendiri dan saya tahu setakat mana kebolehan saya. Saya rasa kalau saya dah berkahwin dan ada anak, saya mungkin tak mampu bertahan utk buat PJJ/PLK ni due to all the coursework given and exam apa semua tu. Tapi saya tengok orang lain steady je. Mungkin sbb saya belum pernah lalui, jadi saya tak rasa the real situation. Mungkin mampu, mungkin tidak. Jawapannya ada pada diri kita sendiri.
Wallahu'alam.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteHi, saya nak tanya. If Diploma saya dari Politeknik and amek course Pengurusan Hotel, boleh ke saya nak buat PJJ UiTM course Law? Saya minat Law tapi masa Diploma amek course lain. Tapi sekarang kerja dengan Legal Firm. Peluang saya cerah tak untuk sambung PJJ Degree course Law?
Hope you read it :)
Waalaikumussalam,
DeleteHi, boleh tak ada masalah :) Wah baguslah alang-alang awak kerja kat Legal Firm tu. Peluang cerah insyaAllah kalau syarat-syarat kelayakan dipenuhi ;)
Yes, I read it! Hehe
hi assalammualaikum, i got law pjj in uitm but do you think its a good idea. can i switch to full time??? in the future?
ReplyDeleteHi, waalaikumussalam. Yes, its a good idea if you really wish to study so and give commitment on it. Unfortunately, you can't switch to full time. If it is allowed, I'll be the very first person to apply for that! Hihi.
DeleteFyi, the duration to complete the pjj law course has been changed.
You may refer here > https://zulfanazin.blogspot.com/2020/03/plkpjj-uitm-new-mode-for-plk-law-boleh.html
Btw, are you working at the moment?
hi awak..saya nak tanya macam mana kita nak cut course yg kita dah ambil masa dip ye?
Deletehi awak .. nanti lepas mendaftar, boleh buat permohonan sistem pengecualian kredit (PC) di laman > https://iis-iceps.uitm.edu.my/
DeleteSalam sis..saya nak tanya..saya da dapat tawaran belajar kemasukan Oct 2020..Saya ambil course LW213 as second degree. Bila saya nak buat pengecualian kredit, x ada pula ditawarkan untuk degree..cuma sampai lepasan diploma uitm..Ada certain subject sy da pernah ambil like 3rd language, BEL, n Kesatria..Sis tahu ke mcm mana proses untuk pengecualian kredit bagi lepasan degree uitm..
ReplyDeleteWassalam .. kalau utk second degree, saya tak pasti pula utk pengecualian kredit dia ambil kira yg first degree punya ke tak .. Tapi kalau tak silap saya mmg boleh dpt pengecualian utk 3rd language dgn BEL. Kesatria mmg semua akan dpt pengecualian masa apply kat sistem PC tu. Kalau nak kan kepastian, cuba call n tanya pihak iCeps ..
DeleteSalam dear...saya nak tanya, saya dah buat permohonan utk pjj degree. Tapi saya confuse separuh masa terdiri daripada apa ya? PJJ atau PLK? Saya mohon bidang business admin in finance. Sebab bila nak apply nampak macam disekalikan for both tu. Semua saya dah search tapi tkde pulak huhu....tapi saya mmg nak pjj bukan plk. Boleh berikan pencerahan sedikit tentang ini...
ReplyDeleteWassalam .. untuk kos business admin in finance adalah program e-PJJ. Masa apply memang disekalikan sbb both are part time punya program. Tapi dekat bahagian program structured utk setiap kos ada ditulis sama ada PJJ atau PLK :)
Deletesalam and hi kak , sy nasrul, 21 tahun, sekarang tengah intern , tempat yg sy intern ni offer sy kerja sini , start bulan depan dia bagi sy sambilan selama 6 bulan dengan gaji 1200 , masa 6 bulan tu kalau sy boleh perform , dia bagi contract pulak dalam 6 bulan jugak rasanya , lepastu baru diserap masuk kerja tetap , tapi sy nak masuk degree , pendapat akak macam mana ye? mana satu berbaloi? and patut ke sy buat part time degree? mana lagi jimat antara part time dgn full time degree?
ReplyDeleteWassalam and hi dik .. ok sebelum tu, awak kena fikirkan perkara2 seperti berikut:
Delete1) Cuba tanya pendapat keluarga awak terlebih dahulu.
2) Adakah memang satu keperluan untuk awak bekerja & dapat gaji sekarang?
3) Bagaimana keadaan kewangan keluarga awak sekarang? (Sama ada awak perlu tanggung diri awak dan mereka atau mereka masih mampu untuk menanggung kos study awak)
Awak nak ambil kos apa ya?
Kalau buat full time, mungkin jimat sikit dari segi masa. (Jumlah bayaran utk setiap jam kredit kalau tak silap sy sama utk full/part time)
Kalau buat part time, depends pada kos yg awak pilih juga sbb tempoh pembelajaran tak sama. (Lepastu fikir samada,
1- ada keperluan utk awak ke kampus setiap kali kelas? Berapa jarak perjalanan utk ke kampus termasuk kos perjalanan (duit minyak/grab/lain2) / penempatan (sewa bilik/hotel/duduk rumah kwn atau saudara),
2- boleh beri komitmen yg baik dari segi masa (untuk ke kelas/menjalani kelas secara online). Kena pandai urus masa utk kerja & kelas.
Itu je lah setakat apa yg akak boleh bagi pendapat. Awak fikir dulu pertanyaan2 yg akak list kan ni.
assallamualaikum, hai nak tanya..klu amik pjj guna first degree, akan dapat byk pengecualian kredit tak.
ReplyDeleteWaalaikumussalam .. hai .. tertakluk kpd pihak uitm. Jika silibus pembelajaran yang sama, mungkin akan dapat banyak pengecualian kredit.
Deletehii boleh xshare mcm mn nak mohon sbb i nak smbung bljar but i ada diploma in law enforcement jer .. n from ipts mohon sgt share
ReplyDeleteHi.
DeleteFirstly, awak kena check dulu di laman iNed uitm atau sekarang dikenali sebagai iCeps.
> https://ined.uitm.edu.my/
Pastu awak pilih admission > part time degree > (Lepas tu pilih bidang yang awak nak. Kat situ ada beberapa maklumat mengenai kelayakan, struktur program & lain2.)
Nanti tengok semula bahagian admission, tekan apply now utk daftar.
Boleh tengok sesi kemasukan pada bila serta tarikh permohonan dibuka.
Jika permohonan dah dibuka, beli no pin di BSN. Bagitau yg awak nak beli utk part time Uitm. Sbb dia mmg ada khusus utk tu.
Pastu awak apply under iceps uitm tu. Tak perlu thru upu.
ASSALAMUALAIKUM..NAMA PANGGILAN SAYA ADALAH MEY..SAYA NAK BERTANYA JIKA DIPLOMA DALAM BIDANG LAW ENFORCEMENT DAN DARIPADA IPTS BOLEHKAH SAYA MEMOHON UNTUK PJJ UITM NI..SAYA DAH CUBA ISI TAPI DALAM BIDANG TU TIADA PILIHAN KOLEJ YANG SAYA MASUK TU..SAYA BERCADANG NAK SAMBUNG DALAM BIDANG BACHELOR OF LAW..ADA SEBARANG CADANGAN UNTUK SAYA..SEBAB SAYA NAK SANGAT SAMBUNG BELAJAR..SAYA DAH BERKAHWIN DAN SELAGI ADA MASA SAYA NAK MENIMBA ILMU..SAYA HARAP AWAK BACA..DAN REPLY SAYA YER..SAYA DAH UMO 28 DAH..HIHIHI
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mey .. Boleh :) Tiada pilihan kolej? Maksudnya? Kalau untuk bidang Bachelor of Law, memang telah ditetapkan hanya di kampus Shah Alam sahaja. Di kampus lain tiada bidang law. Wahhh yeke .. 28thn, muda lagi .. hehe .. okay lah kalau nak sambung belajar ;) Selamat maju jaya Mel!
DeleteHi nak tanya tahu tak minimun kredit hour nak sambung degree pjj ni? Saya dari diploma ipts
ReplyDeleteHi Nabila :) Kalau awak lulusan dari diploma ipts, syarat kelayakan untuk degree part time bagi kos LW213 ni hanya perlu sekurang-kurangnya PNGK 2.00 (diploma) dan MUET Band 4 sahaja.
DeleteHai sis,Sya nak join pjj sbb online kan?saya teringin nak ada degree,tpi sya xleh isi upu thun ni sbb nk kna keja dlu,kwn Sya kta isi tahun dpn,sbb klau isi tahun ni dpat l,and mntk tangguh dh xbleh msuk😓ada ap ii pandangan atau sepatah dua kata utk saya🤧 PJJ and PLK xsma sgt kan konsep dia,ouhh btw saya nk kena perbaiki bi sayaa
ReplyDeleteHai. By the way, first of all awak kena semak dulu sama ada kos yg awak nak ambil tu adalah program PJJ/PLK. Boleh refer di website iCEPS UiTM bahagian degree part time. Kalau tak silap saya, program PJJ mostly class thru online & ada waktu tertentu sahaja yang perlukan student untuk datang ke kelas secara fizikal. Mcm saya program PLK, perlu datang kelas setiap 2 minggu sekali mengikut jadual yang ditetapkan.
DeleteTapi, since pandemik covid ni, semua kelas dibuat secara online kecuali yg melibatkan penggunaan makmal (yg mana student perlu ke kampus).
Hi sis. Apa beza Bachelor of Legal Studies and LLB? Course yang sama ke? Boleh jadi lawyer ke kalau study Legal Studies tu?
ReplyDeleteHi. Bachelor of Legal Studies(BLS) tak include LLb. Degree of law include LLb. Pembelajarannya 90% sama cuma sesetengah subjek dalam degree law tak ada dlm BLS antaranya Evidence Law & Criminal/Civil Procedure Code.
DeleteBLS boleh jadi lawyer juga. Selepas tamat BLS, untuk praktis sebagai peguam, kita perlu menduduki exam Certificate Legal Practice(CLP). Lepastu baru chambering & call to the bar :)
Assalammualaikum... hai saya baru daftar nak tanya kalau sya kerja hari sabtu nk buat mcm mana eak??? ke ade online class so xpayah nk kene g kampus ??? seram la plk takut xboleh buat...
ReplyDeleteWaalaikumussalam .. hai .. setakat hari ini, kelas diadakan secara online (kerana pandemik covid-19). Jika selepas ini pelajar perlu menghadiri ke kampus seperti biasa, cik/puan perlu uruskan hal kerja hari sabtu tu. Cuba rujuk pada majikan berkenaan hal ini samada perlu minta cuti atau kerja lebih masa dihari yg lain atau mana-mana yang sesuai.
DeleteAda internship ke?
ReplyDeleteTak ada
DeleteAsalammualaikum kalau macam pjj di uitm habis degree masih perlu internship ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Untuk kos yang lain saya tak pasti. Utk kos law ni tak ada :) Chambering selepas selesai CLP shj.
Deletesalam nak tnya mcm kalau saya from johor then saya nak sambung bachelor in business ecnomics and saya checked kelas untuk part time ni sabtu ahad kan... but kalau kita kerja kan kat johor cuti jumaat sabtu hmmm... boleh ke tukar hari apa perlu saya buat ...
ReplyDeleteWassalam. Ya, kelas hanya hari sabtu & ahad. Kita tak boleh tukar hari .. So, kena bincang dengan boss lah mengenai kelas ni. Tak ada cara lain .. hehe
DeleteHelo, saya ingin bertanya kalau saya pelajar full time sem1 tapi next sem2 saya nak apply E-pjj dibenarkan ataupun tidak walaupun alasan tidak bekerja? E-pjj ni hanya untuk org bekerja sahaja kah? Mohon reply segera thank you
ReplyDeleteHai, maaf lewat. Saya baru perasan. Tak boleh tukar. Kalau nak masuk e-Pjj kena mula dari semester awal seperti biasa.
DeleteSaya sedang bercadang untuk apply part time degree UiTM hehehe
ReplyDeleteGood Luck and All the best ya! Hehe
DeleteAsalamualaikum Dan hai,
ReplyDeleteDiaharap saudari Dan kelaurga sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat.
Saya ada soalan sedikit harap dapat dijawap
1. Untuk part time degree ni memang perlukan pengalaman bekerja 2 tahun or depend course yang kita ambil?
2. Saya sebagai seorang lelaki yang rambut panjang�� boleh ke ye berambut panjang untuk study part time ni?
Terima kasihhh.
Hi! Saya sekarang student PJJ under BLS semester 3 di UITM Shah Alam. Saya tolong jawabkan bagi pihak tuan tanah ya :)
Delete1. Pengalaman bekerja tidak perlu, sebab ada saja student yang tidak bekerja boleh enroll under BLS.
2. Boleh, sebab setakat ini pengajian masih mod dalam talian (online) asalkan penampilan haruslah kemas pun sudah memadai.
Faham²... TQ sebab jawapkan!
DeleteWaalaikumussalam dan Hai!
DeleteAmiin ya Rabbal 'Alamin. Semoga doanya berbalik kepada awak & keluarga awak juga.
Terima kasih kpd Shaheera Hassan atas pertolongan menjawab dahulu bagi pihak saya ;) Betul tu jawapannya.
Sambungan jawapan bagi soalan no 2,
boleh berambut panjang akan tetapi mestilah dalam keadaan kemas dan rapi hendaknya. Sebab sy pun ada kawan lelaki yang berambut panjang dlm BLS ni. Tambahan pula, student part time jarang/tak pernah di "spot check" ketika kelas secara fizikal. Hehe.
Sama-sama
Ouh...thank you for the reply :)
DeleteSo to all the "beautiful" men out there, here is your answer.
I just want thanks this blog owner and all the answerer cause we all have at least the knowledge that will take like forever for the actual iceps PIC to reply. It helps a lot of people, really.
Semoga awak semua dimurahkan rezeki
hi sis boleh tahu macam mana u apply course ni. saya ada stpm and degree in law enforcement. tapi saya nak study balik course law macam sis ambil sebab nak jadi lawyer. saya tak tahu saya layak ke tak sebab kalau ikut result stpm sy dapat 2.42 je.
ReplyDeleteHi. Awak kena check website iCeps UiTM bila dia bukak untuk permohonan baru. https://iis-iceps.uitm.edu.my/register
DeleteLepastu beli nombor pin kat BSN (Uitm part time). Lepastu apply.
Kalau ikut pointer stpm awk tu dah layak tu. Tapi awak dah ada degree kan. Nanti tengok syarat under degree.
Ni link untuk check entry requirement untuk kos ni :
https://apply-iceps.uitm.edu.my/images/intake_syarat/parttime/degree/lw213_28072021.pdf
Maaf lewat. Saya baru buka blog. Hehe :)
Hai sis, saya nak tanya. Part time degree ni boleh transfer credit dari diploma ka. Untuk related course.
ReplyDeleteHai. Boleh kalau awak dari UiTM juga sebelum ni, atau jika dari U lain, Uitm akan buat semakan dahulu sama ada layak utk transfer credit.
DeleteHi sis, boleh tahu sis bekerja sebagai apa yaa semasa buat pjj dan berapa umur sis masa start buat pjj???
ReplyDeleteHi. Semasa buat pjj ni saya bekerja sebagai kerani di pejabat guaman dan umur masa start buat pjj tu 22tahun. ---> 27tahun umur tamat pjj ni hehe.
DeleteTapi sekarang kursus ni dah pendekkan tempoh pengajian yang mana boleh tamat dalam tempoh 3-4 tahun.
Assalamualaikum, saya berminat nak apply DSLA. tapi sekarang saya tengah bekerja. apa beza kelas sepenuh masa & separuh masa ya? tempoh dia berbeza ke? apa beza jadual kelas nya? saya kena check dulu masa kerja, kalau hari2 ada kelas during weekdays, takut tak dapat nak attend kelas. TQ
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteUtk DSLA, kelas akan dibuat pada hari Sabtu sahaja sama ada sepenuh/separuh masa.
Bezanya, bagi sepenuh masa, kuliah akan diadakan dalam tempoh 1 tahun bersamaan dgn 2 semester. Semester pertama ambil 5 subjek, kelas bermula jam 8 pagi hingga 7 mlm. Semester kedua ambil 6 subjek, kelas mula jam 8 pagi hingga 9 mlm.
Bagi separuh masa, kuliah akan diadakan dalam tempoh 2 tahun bersamaan dgn 4 semester. Semester 1 hingga 3 ambil 3 subjek, semester 4 ambil 2 subjek sahaja.
Wc :)
sy terapply pjj msa pkp dlu sbb saja2 xde buat apa.. lps dah brp lama keje.. tiba2 dpt.. lps daftar sy tgk sy tgk subjeck math.. ya ampun.. ketaksamaan kuardatik.. sin kos.. alamak mcm mna ni sy dah x igt apa smua ni.. rasa myesal plk
ReplyDeleteHehe .. alaa tak apa la .. kan nanti belajar balik dalam kelas, nanti ingat semula la tu. Kalau pjj degree tak apa, anggap je kita ni fresh student. Lain lah kalau student Master/Phd kan. Mungkin lecturer ada certain expectation lah agaknya.
DeletePada pendapat saya, kalau masih sem 1, fikir la masak2 tujuan apply ni walaupun dulu apply sebab saja2 kan. Hehe. Kalau ada manfaatnya utk masa akan datang, lebih baik teruskan. Kalau betul rasa menyesal yang amat2 besar amat2 dahsyat, istikharah laa ~ Heee
Hi...Mcm mana nak apply kos law kat uitm secara PLK/PJJ. sis buat pjj ker plk? Xberapa faham...Apa perbezaan dua ni. SELALUNYA BILA BOLEH APPLY YERK
ReplyDeleteHi. Saya buat PLK.
DeleteUntuk mohon, awak boleh check di website iCeps UiTM terlebih dahulu bila dia bukak untuk permohonan baru. https://iis-iceps.uitm.edu.my/register
Semak untuk peringkat pengajian Sarjana Muda Separuh Masa. Kalau tak muncul atau keluar tarikh untuk permohonan, maksudnya masih belum dibuka.
Jika permohonan dah dibuka, beli nombor pin kat BSN (Uitm part time). Lepastu apply.
Kod untuk program law secara PLK ni adalah LW213.
Ni link untuk check entry requirement untuk kos ni :
https://apply-iceps.uitm.edu.my/images/intake_syarat/parttime/degree/lw213_28072021.pdf
Salam hi. Macam mana saya nak hubungi awak secara personal ya? Banyak persoalan yang ingin ditanya. Jika tidak keberatan, boleh tinggalkan no telefon atau hubungi saya di +60143155636?
ReplyDeleteWassalam and hi. Boleh berhubung dengan saya melalui email terlebih dahulu di lya_under18@yahoo.com
DeleteSalam hi, nak tanya..saya sekarang final year (sem 7) law degree uitm..boleh ke saya switch ke pjj untuk sem 8..ada syarat2 tertentu ke
ReplyDeleteSalam hi .. boleh .. tp perlu dapatkan nasihat & pengesahan dari Penyelia Utama/Fakulti terlebih dahulu.
DeleteNi adalah borang permohonan utk pertukaran mod pengajian ;
https://ipsis.uitm.edu.my/v2/images/forms/research/mode.pdf
Salam. Saya ni ada Diploma Bahasa Inggeris (non edu) dari UPSI graduate tahun 2014. pengalaman kerja start dari 2014 sampai sekarang. bermacam2 pengalaman & jenis kerja dah. sekarang kerja kerajaan tetap dah 2 tahun. saya bercadang nak sambung belajar separuh masa memandangkan masa saya terhad kerana kerja. oleh kerana ada berniat untuk mohon naik gred pangkat pada masa hadapan. Jadi persoalan saya, dengan diploma saya, boleh tak dapat pendekkkan semester belajar? berapa anggaran kos semua pengajian? lagi satu, course apa sesuai dengan diploma saya, boleh ke kalau ambil course yang berlainan dengan diploma saya?
Delete