Semester 10 PJJ/PLK UiTM / Adakah akan menjadi semester terakhirku? Penantian dan penentuan 5 tahun!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog sis yang entah apa-apa saja isinya ni π Maafkan sis kerana buat kalian berjanggut menunggu update terkini π
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, diam tak diam, eh dah sampai semester terakhir yang sangat terlalu so very dinanti-nantikan! Dalam rasa seronok, pasti ada juga sedikit rasa cuak sebab ye lah.. benda yg belum pasti sama ada kau akan pass betul2, atau mungkin ada sangkut 1 subjek ke kan .. Walaupun secara amnya nampak mcm "Alah! 3 subjek je pun!". Hanya Allah yg tahu π Kalau Dia izinkan kau lulus, maka luluslah kau. Apa-apa pun, semua bergantung pada diri kita sendiri.
Macam-macam perasaan bercampur baur untuk last sem. Rasa dihati, kalau boleh nak je pergi kelas secara fizikal sebab nak jumpa kawan2 untuk kali terakhir sbb tak tahu lagi kan bila boleh jumpa. Dah la I sorang tersesat di Jb. Diorang yang dekat, senanglah nak jumpa. Tapi dalam masa yg sama, nak juga kelas secara online sebab.................... ada lah sebab nya π
So, semester terakhir ni, sis hanya tinggal 3 subjek sahaja iaitu Insolvency 2, Jurisprudence 2, dan Family Law 2. Nampak macam 'wow' gitu kan sbb 3 je. Hehe. Sis cerita ringkas2 je lah kan. Sebab korang bukan nak tahu sangat inti subjeknya kan? Nak tahu pengakhirannya je kan? Baik ngaku cepat π
Insolvency 2 -
Ok kalau insolvency 1 haritu sis belajar pasal bankrap ke atas individu, kalini sis belajar pasal bankrap ke atas syarikat. So, kita akan tengok la apa T&C dalam contract antara sesebuah syarikat dengan creditors. Apa tindakan yg boleh dibuat atau diambil sekiranya syarikat gagal bayar hutang. Boleh mohon kepada mahkamah untuk isytihar sebagai bankrap. Mcm mana aset2 syarikat akan diuruskan untuk bayar kepada pemiutang2. Siapakah antara pemiutang2 tu yang akan berada di barisan paling hadapan untuk menerima bayaran terlebih dahulu & macam2 lagi.
Lecturer ni sangat energetic ya. Sis suka tapi dlm masa yg sama seram sebab lect ni suka petik2 nama untuk jawab soalan yg diberi π Al-maklum, darah nervous mmg macam ni. Orang lain yg kena petik nama tu sis tengok diorang relaks je. Yg tak kena petik nama ni pulak gelabah lebih π
Bonus mark, penting ke???
Lepastu kan, lect ni kalau dlm kelas secara fizikal, siapa yg selalu bg respon pada soalan2 yg diajukan, dia akan bagi bonus mark dlm 5 markah. Macam kelas online sis ni haritu, dia nak bagi bonus mark pada siapa yang hantar test sebelum tempoh yang ditetapkan. Contohnya soalan keluar pukul 8am, lect tetapkan siapa yg hantar sebelum pukul 11.30am akan dpt bonus 5 markah. So haritu adalah 3 org yg dapat bonus mark tu. Seperti yang sis pernah kata dulu2, markah tu, walaupun 1 je, pun akan memberi impak yang besar tau pada kita punya result nanti. Janganlah dipandang enteng. Bayangkan bila dah campur carry marks dgn final assessment tu korang cuma dpt 49 markah. Lagi 1 markah je nak lulus. Itulah gunanya bonus mark tu. Tapi janganlah pula terlalu mengejar utk bonus mark tu sampai salah2 jawab pulak ya. Kalau jawapan perfect, dpt pula extra marks, kita juga yg untung, kan? π
Jurisprudence 2
Untuk subjek ni, rasanya penerangan sis sama mcm post yg lepas kot. Tak tahu nak ceritakan secara amnya mcm mana. Banyak falsalah. Faham tu faham. Tapi bagi sis, masa exam haritu, sis agak ada a bit confusing sebab memang pening sikit nak jawab soalan tu based on jurisprudential. Sebab sis dah biasa dengan soalan tu untuk dijawab based on constitutional. Ahhh, susah lah nak terangkan π Haa, nampak x susah? π Nanti kalau korang dah ambil, korang tahulah macam mana.
Sis dpt lect yg sama yg ajar masa Juris 1. Niat di hati kalau ada rezeki, nak juga pengalaman kelas dengan Prof Shad Saleem Faruqi (Orang hebat dalam bidang undang2 especially on constitution & jurisprudence)! Tapi tak ada rezeki. Sis redha.Tapi dpt juga la masa di fakulti dulu terserempak dengan beliau beberapa kali! π Dia punya aura, lain macam. Hihi. (Yg belum kenal beliau, boleh la search ye.)
Family Law 2
Ok kalau sem lepas sis study pasal undang2 keluarga islam, kalini belajar mengenai undang2 keluarga/perkahwinan sivil pula iaitu untuk non-muslim. Senang tak senang, susah tak susah la untuk subjek ni. Seperti biasa, banyak sangat kes dan ada beberapa statut yang digunakan. Inti subjek ni sama juga mcm family law 1 haritu berkenaan siapa yg boleh berkahwin, bagaimana perkahwinan boleh dijalankan, adakah perkahwinan mengikut adat perlu didaftarkan dibawah Akta 1976, bagaimana proses penceraian, apa hak isteri yang dianiayai dibawah Domestic Violence Act, hak untuk penjagaan anak, nafkah dan sebagainya.
Final Exam
Masih dijalankan secara atas talian. Kalini agak hectic juga sebab gap antara 3 subjek ni semua dekat2. Haritu Family Law kena submit pukul 2 petang. Pukul 3 petang pula soalan Juris dah release. Memang tak rehatlah jawabnya π¬ Sis siap bermalam di ofis. Rasanya dlm tempoh menjawab exam 4 hari tu memang tidur celup2 je lah. Asal lelap sekejap, dah bangun. Fikir nak selesaikan exam je masa tu. Sampai tak makan seharian. Teruk nauuu darah nervous sis engko ni kan? ππ Yg faham je faham. Bila exam dah settle, sampai tak rasa lapar pun. Tak fikir nak makan. Fikir nak tidur je & release tension.
Memang betul org kata, selagi ada masa, selagi tu lah kita nak menjawab. Ni kira exam open book ni, kalau tak lengkap juga jawapan kau, tak tahulah nak kata apa π Bila exam secara fizikal, asyik kata tak cukup masa! Masa sem 1 dulu, masa pemeriksa nak kutip kertas sis, sis suruh dia pergi kutip kertas org lain dulu sebab sis ada nak buat ayat terakhir π Dia pun gelak je. Dah la sis teruskan menulis n tak pandang lansung muka dia. Terasa mcm biadap pula (Hehe sorry ye cik) Rasanya dia org luar yg volunteer nak jaga exam kot masa tu. Sebab kalau lect selalunya tegas2 juga. Dan2 tu kena letak pen! Hihi. Tapi memang serious rasa benak sangat kepala otak masa final kalini mungkin sebab tido tak tentu. Mata pulak 24jam ngadap laptop, memang nak nangis rasa masa tu π Dgn tak balik rumahnya.
Walaupun exam dah selesai, tension tu ehhh masih ada lagi dalam kepala. Tension sibuk duk memikirkan pass ke tak aku ni semua subjek ni π Walaupun rasa puas hati je dengan jawapan masa final & bila dah kira2 carry marks, rasa mcm insyaAllah lah boleh pass. Kebetulan carry marks sem ni lect hanya dibenarkan release 40% je instead of 60%, tu yang buat kita lagi kira2 tu. Kira anggaran baki 20% tu dapat apa. Nangis wehh kalau dah last sem ni tiba2 tak pass π° Jangan wat naya orang kata. Mintak jauhhhhhhh.
Result exam
12/3/2021 - Tunggu punya tunggu punya tunggu tepat pukul 12am tangan dah gatal pi bukak student portal & digital apps. Yelah, sebab kalini tak ada pula yg share link untuk check result awal + selalunya memang boleh check start pukul 12am. Padehal uitm dah post dah result hanya boleh disemak bermula jam 9 pagi π Aje gatal tangan ni. Lepas tu tension sendiri sebab buat percubaan dari pukul 12 sampai ke pukul 4 pagi! Haha. Tengok orang lain so far memang belum ada update apa2. Sis pun ckp dlm hati "Aku sorang je ke yg degil, yg over excited nak check result pagi2 buta mcm ni?". Pastu redha je la. Dah ngantuk, tunggu je la pukul 9 nanti.
Ehhhh tak jugak tu. Lepas solat subuh, tak putus asa lagi guysss cuba log in portal π Mcm nak azab rasanya menunggu pukul 9 pagi tu yg tak kunjung tiba.
Tepat pukul 9, papppppppp result keluar. Dalam hati aku, selepas jawab exam haritu memang dah berdoa dan tawakkal dah, tak harap lebih2. Cuma nak tengok perkataan "COMPLETE" je dengan CGPA yang memuaskan.
ALHAMDULLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH π TERIMA KASIH YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG ☝ Tak tahu nak describe macam mana perasaan masa ni πͺπ Hanya Dia yang tahu. Mak & Abang pun gembira π Abah sis pun pasti gembira di alam sana π Dear Abah, I did it! π
Seronok bila tengok kawan2 yang lain juga lulus dengan jayanya! Tahniah kawan2! ππͺ Hardword paid off! Masa ni, terus teringat semua kenangan2 setiap semester susah senang perit jerih liku-liku perjalanan selama 5 tahun ni. Nak nangis dlm tawa rasa.... Alhamdulillah Ya Allah ..
Ada yang tanya pendapat sis berkenaan pelajar yang dapat anugerah dekan semasa musim2 online ni. Rasanya sis tak akan ulas lebih lanjut. Rezeki masing2 yang tak perlu dipertikaikan. Tiada isu valid atau invalid. Mereka dapat dekan pun atas usaha mereka. Yang dapat dekan semasa exam secara fizikal pun atas usaha mereka. π Anyone could deserve it subject to their effort as well. Just my two cents ✌
Ola junior
Kepada adik/abang/kakak junior, selamat maju jaya! Jangan mengalah! Let positivity be your shield! Your value does not decrease based on someone's inability to see your worth! Only you have the power to determine your future!
Pada yang ada berhubung dengan sis melalui emel, tapi belum terbalas, mohon maaf ya sebab kadang2 sis tak perasan. Kadang2 dah baca, tapi tengah busy & lupa nak reply.
Pelan pengajian terkini ada sedikit perbezaan. Maka, jangan bergantung 100% atas post sis masa semester 1 berkenaan dengan jadual. Sila rujuk pelan pengajian dan jadual terkini yg dikeluarkan oleh pihak UiTM.
Terima kasih kerana sudi membaca blog sis yang pada asalnya sis cuma bersahaja. Maaf juga andai ada terkasar bahasa dan sebagainya.
Terima kasih juga kepada yang mungkin ada yang mendoakan sis dalam diam. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan dan diberi kejayaan hidup, cemerlang dunia & akhirat. π
Nanti sis akan update lagi perjalanan seterusnya insyaAllah.
hi sis! congrats sebab dah habis bls! saya pun dah start sem 3 hari ni. Can't wait to read ur journey to sit for CLP pulak.
ReplyDeleteHi Amirul! Thank you. Hehe. Good luck on your new semester! InsyaAllah will start the journey for CLP next year.
DeleteHi sis nk tnya ,, yuran every sem untuk bls uitm berapa ya ?
ReplyDeleteDan jika tak keberatan untuk share,, sis nanti nk ambil CLP di mana ya ? Sis ambil CLP under mana2 IPT atau bljr sendiri masa ambil CLP tu ?
Hi. Yuran setiap sem masa zaman saya dulu RM1,400++ (utk 4 Subjek)
DeleteTapi sekarang setiap sem RM2,000++ (utk 6 atau 7 subjek)
Utk CLP, sis belajar sendiri. Tak mampu nak masuk under mana2 IPT & kekangan masa. Hehe.
Dan nk tanya,, untuk BLS ni akan ada kelas secara fizikal ke ? Blh ke klau tak attend kelas fizikal tu ? Instead buat secara virtual ,, blh ke ?
ReplyDeleteDan kos untuk beli buku masa bljr BLS ni mahal ke ? Atau lecturer akan provided complete notes ?
Mohon jawapan dari sis.
Ya. Kelas dibuat secara fizikal. Tapi setakat ni, since kes covid belum reda, kelas semua diadakan secara virtual online. Mungkin nanti bila keadaan dah okay, kelas fizikal akan diadakan seperti biasa.
DeleteKos untuk beli buku tu, honestly mahal juga lah kalau beli yg ori. Kalau nak yg murah tapi mcm ori pun ada juga. Hehe. Lecturer juga akan provide notes untuk student. Tapi kebanyakannya kena refer buku juga nanti.
Assalamualaikum.. Sis mula daftar tahun berapa
DeleteWaalaikumussalam. Mula daftar tahun 2016.
DeleteSalam, nak tanya sis nak jual ke buku2 sis. Saya ingat nak enroll utk intake bulan 9 ni..
ReplyDeleteWassalam. Saya tak jual buku2 saya. Sayang nak jual .. hehe
DeleteHi and assalamualaikum sis!
ReplyDeleteSayaaa student pjj degree uitm jugaaa tapi course tak sama hehe. Saya ambil Business Administration, Operation Management. Baru habis first year dan sedang tunggu result semester 2. Takut juga nak hadap sem sem akan datang sebab rasa tercabar sangat dengan masa dan keadaan, lagipun dah terbiasa 2 sem ni dgn online class je. Saya takut sangat kalau saya tewas untuk sem sem seterusnyaaa huaaa. Teruja letak timeline dgn target, harapannya dapat tercapai. Tapi saya terinspirasi sangat baca kisah kisah sis. Tahniah ya sis! Semoga sis terus cemerlang dan ditambahkan rezeki kehadapan. Tolong doakan saya dapat habiskan degree saya tahun 2024 dengan cemerlang ya. hehe
Hi and waalaikumussalam qis!
DeleteWahhh yeke .. ohh business admin π Alhamdulillah. Result keluar 10/9/21 kan? Masa untuk tawakkal. InsyaAllah pasti cemerlang!
Baguslah awak ada timeline & target! At least ada something yang akan buat awak berusaha untuk capai matlamat tu kan π InsyaAllah, apa-apa pun cabaran yg akan mendatang, kena hadap dengan baik & positif πͺπΌ Senegatif mana pun benda tu, kita kena lawan untuk mencapai matlamat kita. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang! πͺπΌπͺπΌ Fikir je yg tahun 2024 tu tak lama pun lagi. Sikiiiit je lagi. Saya pun sentiasa fikir mcm tu utk habiskan study 5thn ni. Tuhan je yang tahu π₯²
Hehe, btw, thank you sebab sudi baca kisah saya. Tak ada apa-apa pun untuk diinspirasikan. Terima kasih juga atas ucapan tahniah ☺️ Semoga doanya berbalik pada awak juga hendaknya π€²πΌ
InsyaAllah all is well and all the best ya! Chaiyoook2 πͺπΌ
Salam Puan, bagaimana nak berhubung dengan puan, saya dapat offer utk LW213 ni. Cuma ada perkara yang nak ditanya detail untuk tahu "persekitaran" LW213. By email?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh berhubung melalui email saya di
Deletelya_under18@yahoo.com
Waalaikumussalam. Boleh berhubung melalui email saya di
ReplyDeletelya_under18@yahoo.com
ok Puan, terima kasih.
DeleteAssalam... sebelum ni ambik diploma kat mana.. kalau diploma in Law dari kolej swasta boleh ke nak apply bachelor Legal Study kat uitm tu..
ReplyDeleteWassalam .. Sebelum ni saya diploma di kolej swasta di Melaka. Boleh apply asalkan memenuhi syarat2 yang lain :)
DeleteDah start CLP ke?
ReplyDeleteInsyaAllah saya akan menduduki exam CLP pada bulan 9 tahun ini.
DeleteSalam..Prof Shad Saleem masih mengajar ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ya, Prof Shad Saleem masih lagi mengajar.
Deletesalam sis. dah ambik clp exam ke? susah sangat tak?
ReplyDeleteWassalam. Belum. Akan ambil dlm masa terdekat ni insyaAllah. Nanti saya update ya.
Deleteassalamualaikum. macam mana dengan exam clp awak? moga yang baik2 sahaja
DeleteWaalaikumussalam. Setakat sekarang, saya tak lulus. Hee :) Terima kasih. Semoga yg baik2 juga untuk awak :)
Deletesis dah ambik clp ke belum. nanti share la experience dengan kitaorang
ReplyDelete