Final Exam Semester 2 PLK - mesti fail sebab takde mood nak study!

Abah dah pergi. Hati utk study pun dah kemana. Next paper lagi 7 hari. Orang datang ke rumah untuk melawat tak putus-putus. Aku? Takkan nak study? Rindu pada abah pun tak habis lagi 😭 Cakap kat mak, "Makkk, taknak sambung study lah. Takde mood nak gi exam waktu2 mcm ni. Habis duit & masa je nanti kalau masuk exam tapi fail semua sbb tak study". Mak ckp, "Jangan mcm tu. Pergi je exam. Takpe lah fail ke tak fail tetap kene teruskan. Jangan berhenti". So, ikut je lah cakap mak

Dua hari sebelum exam gerak dari JB ke Shah Alam, drive sambil menangis tak henti2 sbb tiada lagi pesanan dari abah, takde yg cucikan kereta sebelum gerak, check kan minyak hitam, lapkan kereta sampai berkilat, rinduuuu!  😭 

Sampai je shah alam, check in hotel & rehat sekejap. Takde mood nak study & makan. Esoknya baru study utk paper Contract 2. Study mcm tu mcm tu je... dah tak ada semangat. Dah boleh agak dah result macam mana. Baca dan hafal gitu2 je. 

Esoknya pergi ke dewan exam, aku tak bercakap dengan sesiapa pun & tak cari kawan2 pun. Duduk sorang termenung. Tiba2 ada kawan tegur, "Haa! ni mesti dah banyak baca ni. Tu yg termenung tu tinggal nak jawab je kan". Aku sengih dan cuma bagitahu yg abah dah tak ada. Dia terkesima sekejap & minta maaf sbb tak tahu. Aku okay je dan terus masuk dewan. Soalan agak susah juga & mmg tak boleh nak goreng utk paper ni. No wonder org cakap susah. Bedal je lah jawab apa yg kau tahuuu ... Kau pun dah tahu apa resultnya kan.

Selesai exam, beberapa kawan jumpa & ucap takziah. Aku diam dan mcm tak percaya ucapan tu utk aku. Balik hotel, makan, call mak & minta maaf jika aku fail paper utk sem ni. Mak ckp takpe and dia percaya aku dah buat yg terbaik. 

Lepas tu study utk next paper MLS 2. Semuanya ala kadar. Asalkan aku baca semua notes & cases. Jawab exam macam biasa, then terus balik JB dalam gkeadaan redha je lah dgn apa2 yg aku jawab.

Singgah kat RnR Pagoh, duk beli koye kacang kesukaan abah. Masa tu aku mmg tak ingat apa-apa sbb mmg selalu belikan utk abah & abah akan sambut aku sambil tersenyum bila aku belikan ole-ole utk dia.



Sampai je kat rumah, takde org sambut pun. Aku lupa, Abah dah pergi meninggalkan aku buat selamanya 😭 Allah .........

Selepas sebulan, result pun keluar. Berdebar macam biasa. Tapi aku dah bersedia dengan segala kemungkinan. Jam 12 lebih, aku terima email dari salam uitm. AllahuRabbi.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Sungguh aku tak percaya. Mungkin doa emak & abah mengiringi selain usaha kecil yg aku laksanakan. Ya, aku menjerit dan menangis dalam hati. Jumpa emak & bagitahu result. "Kan mak dah ckp, awak boleh.. Saje je nak berhenti kan .. Apa-apa pun tahniah..".

Maaf, aku tak ada nasihat kali ni sbb aku sendiri down masa sem ni. Apa yg aku buat masa takde mood nak study tu, aku cuma baca notes & cases, fahamkan je. 

Apa-apa pun, good luck untuk korang yang nak sambung belajar! Segalanya bermula dengan usaha, kehendak & mohon doa kepadaNya agar diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Buang perasaan negatif dalam diri. Dapatkan aura positif and thinks positive, okay! Semoga urusan engkau orang dipermudahkan selalu :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman awal PJJ/PLK UiTM Shah Alam

PLK/PJJ UiTM | New mode for PLK Law! Boleh habis degree part time dalam 3-4 tahun?!

Semester 10 PJJ/PLK UiTM / Adakah akan menjadi semester terakhirku? Penantian dan penentuan 5 tahun!