Semester 4 & 5 PLK/PJJ UiTM

Seperti biasa, Alhamdulillah, bermulalah semester baru dengan niat yang baru dan azam yang sama (untuk study awal) dari SPM sehingga kini dan buat selamanya Hahahaa πŸ˜ƒ Meh sep lagii sape geng dengan kitaaa πŸ™‹

Untuk sem 4 ni, subjek yg aku ambil adalah seperti berikut:
- Constitutional Law II
- Law of Torts II
- English for oral presentations
- Arabic III

Subjek Consti tu aduhaiii. Selagi tak habis, selagi tu perasaan seram menyelubungi hidupku ... Berdoa je lah dengan harapan dapat pass cukup2 makan mcm Consti 1 pun takpe. Haha teruk kan aku ni? Bila dah start belajar subject ni, so far memang betul lah apa org kata. Consti 2 lebih senang dari Consti 1. Ternyata betul wehhh. Nak kata senang gila2 tu tidaklah. Tapi mmg lebih senang sikit la dari Consti 1. Ala cerita pasal kuasa perdana menteri, YDPA, menteri2, kabinet rumah semua tu .. lagi apa tah, aku tak ingat. Al maklum sekarang dah sem 6 baru nak update cite sem 4 πŸ˜‚ Maafkan hakak yg sudah tua ni dikkk. Ekeke πŸ˜€

Utk subjek Torts 2 pun ternyata lebih senang dari Torts 1 seperti yg digembar gemburkan. Sebab Torts 1 tu banyak gila elemen dengan kes kan, Torts 2 ni tak kurang juga banyaknya. But still boleh tampung lagi kemampuan otak ni la. Torts 2 ni belajar bab defamation (fitnah), bab public and private nuisance, bab vicarious liability and mcm2 lagi. Kes takyah cerita la mmg banyakk. Apa2 pun mmg love la dgn Torts 2 ni dgn lecturer yg sgt helpful and sporting. πŸ’“

Utk subjek English for oral presentations pulak, fuhhh nampak perkataan presentation pun dah nak terkencing rasa. Dpt lecturer yg sama utk english sem lepas. Lecturer ni agak strict sikit sbb dia mmg high expectation dekat kami as law student. Of course being a law student u must pro english as known by everybody. Padehal english aku ni suam-suam kuku je dik. Tu pun tak sure suam ke tak πŸ˜… Mati lahhh kene presentation bagai pula. Masuk first class, kami diberitahu yg kami perlu buat 2 presentation (informative 40% & persuasive speech 60%). 1 live presentation dlm kelas dan 1 lagi melalui video yg perlu di upload di Youtube. Korang kene pilih 3 tajuk dan refer pd lect tajuk tu. Kalau lect setuju antara salah satu tu, boleh proceed utk cari info pasal tajuk korang tu. Sometimes ada yg tiga2 tajuk kene tolak, so kene cari tajuk lain sampai lah di approved.

Tibalah hari live presentation utk informative speech 5 minit (seminar ke 5), fuhh dia punya berderau tu tuhan saja yg tahu. Aku ni mmg ada darah nervous. Sehari sebelum presentation tu mmg aku tak makan apa2 sbb nervous and takut perut meragam masa presentation. Benda ni mmg sejak azali lagi okay. So aku pilih tajuk pasal Chambering utk informative speech aku sbb lect. kata nak yg berkaitan dgn kos kiteorang kan. Tp ada je yg tajuk tak berkaitan. As long as lect. approved tu kira ok la. 

Maka bermulalah dgn presenter yg pertama dan aku presenter ke 6. Lect. tak komen pun lepas semua habis present. Kemudian, berakhirlah 5 minit aku.. Sepanjang present tu aku rasa bercakap mcm tak cukup nafas rasanya. Air liur pun kering weh. Bila dah habis tu baru lah rasa boleh tarik nafas. Otw nak duduk balik kat tempat aku, tiba-tiba lect. panggil nama aku ........ Ahh sudahhhh! πŸ˜“ Berderauuu semula jantung aku. Bayangkan lah perasaan aku, selama 5 first presenter tadi tak ada sorang pun yg kene panggil/komen. Lect. tu cuma cakap, "Your voice just remind me to one of my friend, a TV host.".  Sementara aku yg masih berderau ni, blur dgn komen tu n tak sure  sama ada komen tu positif/negatif. Then, kawan2 aku semua ckp "Wahhhh, tahniah dpt pujian." Aku masih blur dan abaikan saja πŸ˜†Bila dpt markah utk speech ni, barulah aku faham komen tu sesuatu yg positif. Alhamdulillah. Utk persuasive speech pun, walaupun agak rumit, berjaya diselesaikan semuanya.

Utk subjek Arab pulak, kali ni dapat ustaz yg betul2 dari Arab. Kalau tak silap aku dia dari Yaman kot. Tak ingat. Mula2 seram juga kiteorg sbb takut kene fully speaking arab. Sekali dia ckp bahasa melayu, semua tersengih-sengih weh haha. Lega sikit rasa. Rupanya dia lect. Unisel. Part time je ajar kat uitm ni. So far ok la. Senang faham and best. Time final exam dlm kelas pun sempoi2 je. Jgn risau, mcm aku ckp sebelum ni, lect. utk subjek bahasa ni usually membantu insyaAllah.

Tup tap tup tap, tibalah hari final exam utk paper Torts dan Consti. Alhamdulillah lah so far walaupun rasa seram2 utk both paper tu. Tiba hari dpt result, time ni uitm dah guna UiTM Digital Campus Apps dgn iStudent tu. Time ni mcm nak gila kot sbb semua org sedang berpusu-pusu men'download' dan menggunakan apps tu menyebabkan ada insan-insan lain yg tertindas yg juga sedang berkobar-kobar menanti result termasuklah aku insan yg tertindas itu πŸ˜„ Hati dah tak tenang. Member2 dah start whatsapp cerita result masing2. Pukul 3 pagi pun aku still tak tidur lagi nak menunggu result via email at least. Tp bagai menunggu buah tak jatuh2. Last2 member offer nak check kan result aku. Hati 50% - 50% beb sebab org lain yg akan tengok result ko dulu. Haha. Nak taknak berserah je la. Alhamdulillah thumma alhamdulillah 😊 Naik juga pointer walaupun sikit. Yg tak sangka tu ha, Consti 2 dpt B πŸ˜‚ Sungguh2 tak suka tu. Haha. Alhamdulillah.


Start semester 5 dgn niat dan azam yg sama. Tapi hampehhhh ...... Haha tak sure la kenapa ...

So, utk sem 5 ni lah subjek yg aku ambil :
- Land Law I
- Criminal Law I
- Administrative Law
- Law and Politics

Utk Land Law tu fuh mmg agak mencabar juga nak faham. Dengan banyak kes nya, dengan  baca National Land Code nya yg tebal tu melompat-lompat (kejap seksyen sini berkait pulak dengan seksyen sana). Bila tahunnya nak menghafal and expert benda tu kan. Tengok lect. yg ajar ni relax je. Yelah dah namanya lect. kan? Mmg makanan mereka la cite dia kan. Kiteorg ni je yg terkial-kial. Hehe. Faham tu faham la. Tp bila banyak sgt baca, benak jugak kepala otaknya πŸ˜… Lect. pula ada mengatakan yg subjek ni selalu org fail. So mcm biasalah setinggi-tinggi harapan, harap pass je lah paper ni. Ekeke. Land ni kalau nak lulus mmg kene rajin buat past paper and jawab soalan. Nanti mesti korang ingat apa yg korang buat. Kalau time exam considered first time ko baru tengok soalan, mmg haru hijau la jawabnya.

Utk Criminal Law pulak, so far senang jugalah sbb dia situasi n kes2 nya senang nak hafal n senang utk kita faham. Nak baca provisions pun senang. Just kene tahu elemen2 and hafal kes je insyaAllah boleh jawab.

Utk Administrative Law juga not bad lah. Cerita pasal kuasa pihak badan berkuasa mcm polis, majlis bandaraya, alaa yg subsidiary legislation, delegation power, rules against bias semua tu. Kita boleh fikir guna otak je nak jawab. Eh? Mmg lah fikir guna otak ek. Kalau guna lutut lain pula ceritanya ekeke. Maksudnya benda tu kita boleh fikir sama ada apa yg authority person tu buat reasonable ke unreasonable. Nanti pandai2 lah olah ayat with law references. Tp masa paper aku utk subjek ni, soalan dibuat oleh seseorang yg power katanya. Soalannya mmg susah masa ni. Even classmate yg bijak2 tu pun stress weh lepas keluar dewan. Sekali lagi harapan yg menggunung terjunam setakat paras hidung. Harap pass je weh.  Hehe

Utk Law and Politics pula, sejujurnya aku bukanlah org yg kuat politik dan bukan jua ambil tahu sgt pasal politik 😢 Tapi sedikit sebanyak secara general je lah aku tahu. Kebetulan masa ambil subjek ni mmg tengah hangat isu PRU 14, so mmg menjadi-jadilah cerita pasal politik dlm kelas. Aku pun tak tahu nak cerita apa utk subjek ni. So far, harap pass je lah 😁

Alhamdulillah again, pass semua subjek walaupun pointer agak sedikit menurun. Rasanya setiap sem pun mmg org fikir, "biar cukup-cukup makan, asal tak repeat". Ekekeke. Tapi selagi uolls boleh berusaha utk menaikkan/mencantikkan pointer, maka lakukanlah. Kiteorg bukan tak usaha lebih. Setiap org rasanya dah give the best masa final tu, cuma rezeki tak menyebelahi mungkin atas faktor-faktor tertentu kan :) Apa-apa pun segala usaha datang dari kita sendiri. Tak perlu nak salahkan org lain, lecturer strict marking ke member group assignment tak buat keje ke, boss bagi banyak keje sampai tak sempat nak buat assessment ke apa ke.

Success depends on what do you do with you! πŸ˜‰

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman awal PJJ/PLK UiTM Shah Alam

PLK/PJJ UiTM | New mode for PLK Law! Boleh habis degree part time dalam 3-4 tahun?!

Semester 10 PJJ/PLK UiTM / Adakah akan menjadi semester terakhirku? Penantian dan penentuan 5 tahun!