Semester 7 PLK/PJJ UiTM

Assalamulaikum uolls 😊 Alhamdulillah, diam tak diam habis sudah semester yang ketujuh sis. 

Sem 7 ni sis ambil empat subjek juga iaitu:
1- International Law 1
2- Administration of Trust
3- Mooting
4- Law of Association 1

Macam-macam cerita masa sem tujuh ni. Beginilah ceritanya .. Setelah selesai mendaftar subjek, seminggu kemudian keluarlah nama lecturer yg akan mengajar kami. Bila tengok2, ada satu subjek tu ada dua lecturer yg ajar dan salah sorangnya favourite kami 😎. Maka kami(sis dan kawan2), secara berjemaah menukar kelas bagi subjek tersebut hihi. Bila tukar kelas ni, kita kena rombak semua subjek yang lain sekali sebab kadang-kadang ada yg tak perasan subjeknya bertindih masa. Nanti jadi masalah pulak bila dah naik kelas. Maka bermula lah kelas sis pada hujung bulan 3...

International Law 1

Rasa seram nak belajar ni. Nama dia pun dah serammmm 😂 Undang-undang Antarabangsa ~ Mula-mula memang tak nampak bayang, apa laa yang akan aku study dalam subjek ni ye. Sbb masa dip dulu, ni adalah subjek elektif. Perlu ambil antara subjek ni atau fiqh mirath. Sis ambil fiqh mirath(kira2 faraid). Tu yang sis has no idea pasal subjek ni. Bila lecturer masuk kelas, muka lecturer ni nampak mcm garang & mcm baik. Bila lect ni start mengajar, al-maklum la kelas first, jadinya belajar pasal history and yg basic2 je lah. So, terasa sangatlah bosan. Tapi sis suka sgt cara lect ni mengajar sbb dia sgt energetic. Cerita pasal history pun lansung tak tengok notes ke apa. All in her head .. Kiteorang punya impressed tak boleh nak kata apa 😁 Next2 class, ok la faham jugak laa pasal mcm mana nak apply law diantara negara negara ni. Contohnya, mcm mana kalau kita buat salah kat negara orang? Kita akan disabitkan dgn undang2 negara kita atau undang2 negara di mana kesalahan kita dilakukan? Kalau ada imuniti, whether it can be applicable atau tak? Kalau kita jalan2, tiba2 kita jumpa pulau yg tak berpenghuni. Adakah kita boleh claim pulau tu kita punya? Haaa, kalau nak tahu, amik la law 😂 Haha ..


Administration of Trust

Subjek ni adalah kesinambungan daripada sujek Equity and Trust yg sis ambil sem lepas. Soalan first lecturer lepas berkenal-kenalan,"Equity and Trust dapat apa sem lepas?". Makanya kami pun berhuhu sama-sama. Semua orang merahsiakannya ekeke. Bukan apa, lect cuma nak tengok la kemampuan kita, andai boleh beliau bantu, beliau akan bantu dlm subjek ni. Masa sis sem 4 dulu, dah ada sorang kawan batch sis yg ambil paper ni. Dia kata ni mmg serious killer paper, susah! Pastu sis tanya la belajar pasal apa subjek tu? Dia kata pasal tugas2 pemegang amanah, wasiat, dan sebagainya. Masa tu dlm hati sis berkata, "Ohh insyaAllah senang la kot aku nak score nanti sbb aku kerja mmg bahagian tu like wasiat, hibah semua tu ...". So, sis seronok la nak belajar subjek ni. Ternyata benar kata-kata orang, teori dan praktikal memang agak berbeza .. Then i see ..... Serious gaisss, tidak semudah yg sis sangka. Bila dpt markah assignment, markah group sis serious mengecewakan 😓 Kami salah faham dgn soalan. Ada juga group lain yg sama fahaman mcm kami. Nasib kami baik sbb lect bagi kebenaran utk kami redo semula jawapan kami yg salah tu. Kalau tak, confirm kami kena repeat next sem 😭 Terima kasih puan kerana membantu kami ... Puan ni memang baik .. Mungkin dia dah faham dgn cara jawab student dlm exam. Jadinya dia bagi tugasan pd kami utk jawab past paper and buat presentation biar semua orang nampak di mana betul salahnya ..


Mooting

Mooting ni adalah satu2nya subjek dimana kau akan bertindak, berfikiran, berpakaian semuanya seperti seorang peguam 😇 Dalam2 rasa tak sabar nak menyarung jubah lawyer tu, banyak liku2 cabaran yg kau akan harungi. Mooting ni semasa dlm 3 minggu kelas terawal, lect akan terangkan pasal advocacy rules serta format utk buat hujah. Kita akan diberitahu apa yg boleh buat apa yg tak boleh dibuat, apa peraturan ketika berada dlm court, dan mcm mana nak submit hujah2 secara bertulis dan lisan. Lect akan bagi satu kes rayuan utk diselesaikan. Masa sis, dapat kes jenayah. Satu kes rogol, satu kes bunuh. Selepas buat undian, sis dapat kes bunuh. Lepastu kita kena pilih at least 4org ahli dlm satu group in which 2 bertindak bagi pihak pendakwaan dan lagi 2 bagi pihak responden. Pesan sis, carilah ahli yg mampu beri kerjasama sepanjang menyiapkan hujah2. Berbagi2lah tugasan at least semua ada kerja bahagian masing. Alhamdulillah ahli group sis semua membantu 😇 Mudah kerja sis. Selepas undian, sis dpt minggu ke 6 utk buat presentation. Alhamdulillah lega rasa sbb ada peluang utk tengok dua group terawal present dulu dan dengar apa komen lect. So, kami boleh improve utk presentation kami.

Selepas berhempas pulas menyiapkan bundle of authorities, mencari kes-kes utk rujukan apa semua sehinggalah ke hari terakhir sebelum presentation, hidup mmg agak kelam kabut gaisss 😭 Sis tak pernah rasa terlalu kelam kabut sgt mcm tu plus rasa nervous utk mooting tu Allah je yg tahu. Tibalah hari presentation..... Kami satu-satunya group yg present time bulan puasa. So, terasa lagi mencabar. Sis rasa mcm nak minum air je pagi tu sbb sgt nervous dan tekak kering 😭 Berzikir je la dgn penuh pengharapan Allah akan permudahkan tutur kata semasa nak berhujah nanti. Ahli2 group sis semua nampak tenang je ... sis pura-pura tenang je mampu .. nervous tu kuat sbb sis orang yg pertama yg akan start berhujah.

Sedar tak sedar, tamat sudah bahagian sis .... YaAllah, legaaaaaaaa yg tak terucap masa tu .. rasa mcm lagi 2 minit azan utk berbuka akan berkumandang hahaha .. Alhamdulillah, dgn izin Allah, Dia permudahkan .. Selesai semua ahli group sis present, berdetup detap balik hati ni nak mendengar komen dari lect .. Alhamdulillah lect berpuas hati, sedikit sebanyak pasti ada kekurangan yg perlu diperbaiki .. Kebetulan pula kelas petang Ahad tu batal. Lagilah sis seronokkk balik jb awal hihi. Sampai2 Jb, member ajak gi bazar ramadhann .. Yiihaaaa hihi .. 3 minggu gaisss sis tak gi bazar sbb nervous mooting punya pasal! Petang tu gi bazar siap pakai baju buat pi mooting tu weh 😂 Member siap gelak weh sbb sis sopan sgt pakai baju kurung. Selalu duk pakai seluaq jaa haha. Sumpah banyak sis makan masa tu sbb legaaa bebeno heheh.


Law of Association 1

Ok subjek ni actually sama dengan nama subjek Company Law. Tak tau la pasai pa dia jadi Association pulak kan 😄 Tapi pembelajarannya sama je :) Utk subjek ni, kita akan belajar pasal pertubuhan perniagaan rakan kongsi (partnership) dgn penubuhan syarikat. Kita akan belajar pasal undang2 dgn perlembagaan syarikat, apa fokus syarikat, apa kuasa pengarah2 syarikat, siapa yg akan bertanggungjawab atas kesalahan yg dilakukan oleh syarikat sama ada individu(pekerja) atau syarikat itu sendiri, siapa yg akan betransaksi bagi pihak syarikat, bagaimana pembahagian saham syarikat akan diagihkan, apa yg membuatkan sesuatu rakan kongsi itu wujud, dan mcm2 lagi. Bahagian partnership tak banyak sgt, tapi kalau salah faham/keliru boleh jd salah. Bahagian company mmg banyak .. Kalau minat, memang senang nak faham sbb kita takkan berhenti utk ambil tahu banyak pasal sesebuah company ni .. Buku akta dia pun mmg tebal mcm land law punya NLC. Tapi serious baca banyak2 memang pening 😆


FINAL EXAM

Pejam celik pejam celik, ehh..... dah last seminar which is seminar ke 7.. pastu selang 4 hari terus final exam gaisss. Tak kelakar kan? Selalunya ada juga la gap dlm seminggu dua at least. Fuhh memang senak perut wehh. First paper International Law pulak tu .. pastu esoknya exam Administration of Trust .. 4 hari tu mmg tak main2 la .. study betul2 punya sbb both paper susahhh 😓 Kepala otak serious benak masa tuu .. Habis je exam Administartion Trust petang tu, sis punya sakit kepala lain mcm dgn stress sbb rasa mcm tak perform, stress takde gap, rasa mcm nak muntah dlm kereta masa tu. Dah la sis punya fokus study tu sampai sis terlupa nak book hotel utk duduk lepas habis exam ni. Dapat pulak masa tu hari Sabtu, banyak hotel dah full.

Hotel serammm (seram sikit je dari soalan final exam kahkah) ..
YaAllah masa tu Tuhan je yg tahu betapa stressnya sis. Badan dah tak larat sbb dah 3 hari tidur dlm kereta je sbb tido kat library time ada paper (sbb kalau duk hotel, alamatnya tak studyyy la weh). Nak taknak masa tu mmg nak jugak tido hotel tak kisah mana2 yg terdekat. Sekali, nampak la dlm apps satu hotel tu kat seksyen 7 murah gilaaa, tapi sis tak pernah nampak pun hotel tu. Tak familiar walaupun sis dah hadam seksyen 7 tu. Dlm penat2 tu sis drive juga nak tengok keadaan sekeliling hotel tu sebelum booking. Alhamdulillah mungkin Allah nak selamatkan sis masa tu 😭 Tempat tu mcm tak selamat utk diduduki. Hotel2 kat situ pun mcm tempat 'mak pak ayam' je. Dah la mcm suram tempat dia. Lastly, takde pilihan, sis stay je kat masjid uitm .. Esoknya baru sis dpt semula hotel yg sis selalu stay sepanjang seminar tu. Sis dtg hotel kul 9 pagi, boss tu pun mcm tak sampai hati tengok muka sis yg dah tak rupa orang tu 😂 Patutnya check in kul 2ptg, tapi dia bagi je sis check in terus masa tu lagipun sis stay lama juga masa tu nak tunggu next paper hari Jumaat.

Alhamdulillah dpt lena sekejap, member dtg ajak mkn kyochon kat Sunway. Sis ikut je la walaupun hati di dalam ni masih tak tenteram memikirkan jawapan dlm both paper semalam2 tu 😩 Nak nangis pun bukannya dpt balik pun paper tu kan. So itew wat wat happy je lah ekekeke.

Utk paper association ni, haaa .. bila gap lama sgt, main2 pulakkk .. hahah .. bila takde gap, stressssss katanya .. Bila gap banyak, tak amik peluang utk score pulak ye 😝 Biasala tuuuu .. student kannn cehhhh .. Pening juga baca pasal company semua ni. Tup-tup, mak dgn abang sis call ckp nak dtg kat tempat sis naik bas sbb mak sis risau kan sis. Dia tahu anak dia takkan tidur sehari sebelum exam. Dia risau sis bawak kereta dlm keadaan ngantuk nanti balik Jb. Dah la balik malam kan .. lagi risau .. Awww, sis happy sgt masa tu .. dah la rindu .. 2 minggu tak jumpa 😭 So hari Khamis tu sis jemput diorang kat stesen bas shah alam, bawak pi lunch, then abg sis dropkan sis kat library. Hari tu pun sis mcm dah tak tentu arah sgt juga sbb rasa mcm tak selesa antara nak study dgn nak layan mak and abang yg datang ke sini. Rasa mcm serba salah gitu tak layan diorang.. Nak taknak, sis pilih utk study juga. Malam balik hotel jap, mandi, pastu gi library semula. Balik hotel kul 4 pagi, tido kejap, lepas subuh gerak library semula sampai la time exam kul 2.30 petang .. Jam 5.45 petang keluar dewan, maka berakhirlah semester 7 sis ..


RESULT

Kali ni result keluar rasanya mcm lambattttt sangat haha .. sebab sis rasa cuti sem pun lama sgt almost 2 bulan lebih .. mungkin sbb sis habis exam awal sgt kot .. maklumlah start pun paling awal kan .. sampai sis sempat gi bercuti ke Sabah haritu .. bercuti dlm keadaan tak berapa tenang gaisss sbb 2 minggu selepas tu result akan keluar 😃 tup tap tup tap tibalah hari yg tak berapa dinanti tapi dinanti-nantikan juga lahh .. tepat jam 12 pagi, refresh apps uitm tu pun mcm tak function, refresh email pun sama .. dah takde choice, tunggu je laa sampai result tu nak keluar sendiri .. nak tengok dekat portal memang tau tak boleh lagi sbb dekat portal hanya akan keluar selepas jam 9 pagi ..

tup tup member roger kata boleh check kat portal .. betull bebbb keluar result 😅 terkezuttt mak .. haha .. sis ni memang first sekali kalau dpt result, bukannya nak check betul ke tak tu detail pasal sis ke apa. Sis akan tengok column bahagian grade dulu apa2 hal sbb nak tau ada fail ke tak je weh 😂 sebab tu memang part paling seram kalau kene repeat 😥 Setelah sis check mlm tu, alhamdulillah thummalhamdulillah 😌 Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam ..


UCAPAN DAN PESANAN

Setinggi-tinggi ucapan tahniah juga buat sahabat2, kawan2, senior-junior, dan sesiapa sahaja yg sedang membaca blog ini yg telah melepasi peperiksaan akhir yg diduduki sebelum ini.

Pada yg sebaliknya, sis berharap agar awak dpt bersabar dan terus berusaha dgn lebih keras lagi sedikit pada masa akan datang .. Ya, mungkin awak akan kata "Sis ckp mcm tu senang laa .. Sis tak rasa apa yg saya rasa". I can feel you .. Ya, memang sakit kalau kita gagal 😢 Tak ada orang pun yg tak akan sedih atau frust menonggeng. Sis faham sebab sis juga pernah melaluinya. Lagi2 kalau awak semua dah cuba sehabis baik, dah bertungkus lumus dan awak rasa yakin yg awak patut je pass utk subjek tu .. Sis tak boleh nak sentuh urusan penandaan kertas oleh lecturer either they are strict or not sbb itu memang tugas mereka kan.. Mungkin kadang-kadang ada masalah sampingan yg kita sendiri tak sedar yg perkara tu menyebabkan result kita affected. Cuba ingat2 kalau ada masalah dengan mak ayah ke, adik beradik ke, kawan2 ke, masalah yg melibatkan hati dan perasaan, masalah dari segi rohani (hubungan dgn Allah), masalah dgn lecturer ke.

Sentiasalah memaafkan semua orang hendaknya. Dengan memaafkan dan mendoakan org lain, hati akan menjadi tenang .. Cehhhh ada gaya2 ostajahhhhh takk? Hahaha .. Mungkin sesetengah org rasa perkara tu kecil, tapi bagi sesetengah org lain rasa perkara tu sgt besar ..
Tapi dah maafkan dan doakan, jangan lupa study pula ya! Utk berjaya, study tu 90%. Yg kecil2 ni hanya 10%. Tapi sgt bermakna.


Jangan berputus asa! You are almost there!

Terima kasih juga kpd pembaca blog sis yg mungkin dlm diam ada juga yg menitipkan doa buat sis. Mohon doakan buat kawan2 sis serta orang2 lain yg sedang berjuang juga ya. Jasa baik kalian hanya Allah yg mampu membalasnya. 

Semoga kalian yg membaca blog ini yg juga sedang berjuang peroleh kejayaan sentiasa berada dalam rahmat Allah dan kasih sayangNya 💕 

Comments

  1. Salam sis, nak tanya 1 semester berapa bulan? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, 1 semester termasuk kelas & cuti hingga dapat result kira 6 bulan. Kalau kelas sahaja utk 7 seminar bersamaan 4 bulan.

      Delete
  2. salam,

    4 hari lepas seminar start exam...lepas tu axam berapa lama tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Exam ikut jadual yg ditetapkan. Mcm sy haritu paper semua awal & tak banyak gap sgt. So habis awal. Usually dalam 2 minggu lah dah habis. Tapi tempoh exam sebenar adalah sebulan lebih.

      Delete
  3. Rasa mcm pernah nampak... tapi macam tak perasan yg mana satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak yeke hihi .. Tegur2lah kalau nampak :D

      Delete
  4. Yuran pula macam mana ye waktu pendaftaran dan yuran tiap sem? Boleh jelaskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu pendaftaran saya tak ingat sangat. Bayar awal2 sem dulu lebih kurang RM 1-2K. Yuran setiap sem pula pada masa saya anggaran 1.6k utk 4 subjek. Lepastu ada kenaikan harga yuran sikit. Tapi utk pelan pengajian yg terkini ni kalau tak silap saya dlm 2.3k utk 7 subjek setiap semester.

      Delete
  5. Hy Miss. Sy nk tnya, untuk subjek elektif tu, WAJIB ambil ke x?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman awal PJJ/PLK UiTM Shah Alam

PLK/PJJ UiTM | New mode for PLK Law! Boleh habis degree part time dalam 3-4 tahun?!

Semester 10 PJJ/PLK UiTM / Adakah akan menjadi semester terakhirku? Penantian dan penentuan 5 tahun!