Semester 8 PJJ/PLK Uitm
Assalamualaikum semua 💓 Hello semester 8! 😇
Alhamdulillah diam tak diam dah masuk semester yg ke-8 .. Syukur ke hadrat Illahi yg telah mengurniakan kesihatan yg baik, kecekalan yg tinggi, kemampuan akal fikiran utk meneruskan pembelajaran 😌💪 Terima kasih YaAllah ~
Sem ni, sis ambil 4 subjek juga iaitu:
1- International Law II
2- Law of Association II
3- English for Professional Interaction
4- Legal Research Methodology
Utk subjek International, Association dgn English sis dpt lecturer yg sama yg pernah ajar sis sem lepas dan terdahulu. Cuma utk research sahaja dpt lect. yg baru. So, agak senanglah sebab sis dah kenal dan tahu cara mengajar dan marking all the lects. except for research.
International Law II
Fuh dup dap dup dap bila nak belajar subjek ni bila memikirkan perkataan International tu 😄 Topik-topik dlm subjek ni utk sem ni okay jugalah. Senang jugalah nak faham. Tapi ada juga certain topik yg sis tak faham sangat. Nak tanya kat lect. pun, tak tau nak buat soalannya mcm mana. Nasib baik ada juga sesetangah kawan2 yg faham dan boleh terangkan. Antara topik yg sis belajar adalah General Assembly, Law of Sea, Humanitarian Law, Humanitarian Rights, International Environmental Law dan Use of Force. Belajar pasal mcm mana jika suatu jenayah berlaku di kawasan perairan kita, apa tindakan yg kita perlu dan boleh ambil utk menangkap suspek pelaku jenayah, apa hak kita jika hak kemanusiaan kita ditindas, siapa yg berhak menggunakan senjata utk menyerang semula negara/kumpulan yg menyerang kita, apa hak kita sebagai civilians, setakat mana hak kita terhadap sumber-sumber dlm laut, siapa yg ada kuasa utk isytihar peperangan dan mcm2 lagi. Ada rasa interested tak nak tahu? Haa meh belajar law hihi .. Hak2 dan kuasa2 ni semua ada dalam buku Selected Treaties yg boleh dibawa masa exam. Cuma nak kena ingat article berapa, kes2 dgn application dia mcm mana je. Tp tu lah, article nya semua lintang pukang 😂 kejap muka surat ni kejap muka surat tu. Makin boleh bawak buku, makin banyak sebenarnya masa yg diperlukan utk jawab exam 😓 Masa exam haritu sungguh kami tak sangka Part A keluar 3 soalan direct question. Apa lagi, membebel je la panjang2 kat answer sheet tu 😜
Law of Association II
Hat yg ni sis excited la sikit sbb subjek favourite since masa dip dulu hehe. Tak tau pasal apa suka. Padehal subjek ni dry kottt. Ramai yg tak suka. Sem ni totally belajar pasal company. Pening boleh tahan la sbb banyak gila kes. Dlm satu topik kadang2 ada 4 jenis benda. 4 jenis benda pecah kpd 3 or 4 benda lain, pastu setiap benda tu ada 4 kes. Haha korang pun mesti pening kan? Ok la sem ni belajar jenis2 shares, hak utk transfer share, pasal borrowing companies, hak creditor mana yg prevail over charge property of a company, tanggungjawab dan tugas2 pengarah syarikat, pasal saham2 semua tu lah. Yg bestnya masa nak exam haritu, semua org tak dpt hint lansung apa topik yg akan masuk. Tanya kat budak2 fulltime pun diorang tak dpt tips. Tibalah hari exam, bukak je soalan Part B, semua garu kepala weyy. Topik yg tak pernah2 duk kat Part B, dia mai duk situ pulak. Maka kami pun berhuhu dan tamat je exam, semua keluar dewan jadi auditor terus! Haha tak kelakar okay topik auditor tu. Masing2 dah berserah, pasrah, menyerah je .. YaAllah terdiam sis, terkedu, tak kelakar. Sungguh sis target grade tinggi jugalah utk paper ni. Sis dah usaha yg terbaik, moga yg baik2 saja mendatang hendaknya. 😥
English for Professional Interaction
Utk subjek yg ni agak seram jugalah hehe sebab sis tahu lect. ni agak strict sikit. Walaupun org duk kata, "alah subjek elektif je pun.. tak perlu lah nak strict sgt..". Tapi sis suka cara dia mengajar. Dlm subjek ni, kami belajar pasal cara2 nak berinteraksi dgn rakan kerja semasa dlm waktu bekerja daripada segi interaksi secara berhadapan dengan interaksi dlm bentuk bertulis dan atas talian. Mcm mana nak tulis ayat formal dlm email, mcm mana nak mulakan percakapan dgn rakan kerja, cari video pasal critical incidents dlm office/tempat kerja kemudian elaborate kesan dan pengajaran daripada video tu - what to do and don't. Ada 4 assessment utk subjek ni iaitu, group discussion, email writing, video critique dgn workplace simulation. Semua buat dlm kelas & markah 100% dari semua assessment ni. So takde final utk subjek ni, maka buatlah yg terbaik masa buat assessment 😉
Legal Research Methodology
Fuhhh, yg ni memang paling mencabar sem ni walaupun dia takde final exam. Banyak liku-liku kehidupan yg perlu diharungi 😁 Al-maklum first time nak buat research ni. So mmg zero lah pengetahuan nak start mcm mana. Masa first class tak risau lagi. Lect. pun baik. Kebetulan dlm kelas tu ada student yg dah berumur beberapa org & sorang tu Datuk dah ada PhD. So mudahlah bagi dia sbb dia dah pernah buat thesis bagai semua tu. Yg kami ni blur tak faham 😅 Lect. kata, bayangkan depan awak ni laut, awak nak melintas pi naik gunung kat seberang tu, sekarang awak tengah berenang lemas dlm laut tu. Pastu kami menyakat la yg Datuk tu sorang ja dah siap mendarat, kami masih lemas terkapai-kapai 😂
Research ni kita kena pilih satu topik yg ada problem. Pastu kita tengok research org lain yg buat topic area yg kita pilih tu, pastu cari apa masalah dlm area tu yg belum pernah ada org kupaskan. Mcm2lah nak diisi dlm proposal dissertation tu sampai pening kepala. Banyak kali submit pd lect. utk checking. Banyak kali juga ubah2 ayat, ubah tajuk kasi cantik and macam2 lagi. Bila musim final exam dah start, of course lah kami semua nak fokus utk study kan. Tp masa tu, lect. kami kata banyak lagi nak kena ubah dlm proposal kami tu. Masa tu Tuhan je yg tahu betapa stressnya diri ini 😭 Rasa mcm yaAllah nak fokus study utk exam, nak fikir pasal proposal tu lagi. Sungguh menguji kesabaran masa tu sampai sis hampir give up. Ckp kat group member sis, sis give up. Sukahatilah final submission korang nak hantar apa2 sekalipun.
Bila dah habis exam, sis hanya tinggal satu hari je masa utk hantar final submission tu. Memikirkan ini satu tanggungjawab, sis tak lepas tangan. Dlm2 give up dan mengantuk yg tak terbalas lagi tu, sis gigih juga dgn kawan2 menyiapkan proposal tu dgn sebaik mungkin. Mujur kwn sis mmg tinggal di Shah Alam sbb submission perlu dihantar dlm bentuk hardcopy. Sis dah otw ke KL sbb ada urusan lain masa tu. Bila kwn hantar gambar yg proposal tu dah submit, fuhh lega rasa. Tak pernah rasa stress mcm ni bila dah habis exam. MasyaAllah sis survived guysss 💪 Alhamdulillah 😌
Keputusan & Nasihat
Tepat jam 12pagi pada 14/2 haritu, member sis wassap tanya pasal result. Result dia dah keluar. Sis try log in kat student portal dgn kat apps banyak kali tak dapat 😭 Ramai sangatlah tu tengah log in. Sungguh hati ini tak tenang. Tengok mak yg dah tidur, siap ckp dlm hati, "Untungnya makkk boleh tidur. Takyah susah2 fikir nak ada perasaan nervous mcm aku sekarang ni." Haha. Tengok jam dah pukul 1.30 pun website masih jemmm terukss. Sis berdebar gaiss selagi tak tengok result. Paling seram utk international law tu, janganlah kena repeat 😡 Sekali jam dah pukul 2 pagi, mak tengok aku belum tidur, masih dgn handphonenya, maka kenalah bebel "Tak puas lagi ke pegang handphone tu dari tadi? Tidur-tidurlahhh dah pukul 2 ni". Aihh, terdiam. Tak jawab apa2 pun. Tengah nevous. Mak tak tahu pun result akan keluar masa tu. pukul 2.20 Papppp! Dah boleh log in, dah tiba kat halaman utama portal. Tekan result examination sambil tutup2 mata, cissssss! dia tak keluar! refresh lagi. 2.30 baru result keluar. First thing is the grade isn't important. Either you Pass of Fail? That's the point.
Alhamdulillah thummalhamdulillah YaAllahu YaRahman YaRahim ~~ Lulus semuanya 😌 dgn grade yg setimpal dgn usaha yang dijayakan dgn sebaiknya. Sebenarnya tak sangka juga dapat grade tu, tapi rasa terbalas dgn segala liku2 ujian dan penat lelah sepanjang mengharungi sem 8 ni. Terima kasih YaAllah, terima kasih mak & abang, terima kasih ahli keluarga, sahabat2, kawan2 juga kepada sesiapa saja yg menitipkan doa buat sis. Semoga segala urusan kalian sentiasa dipermudahkan, diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa berada dlm lindungan, rahmat dan kasih sayang Allah selalu hendaknya.
Nasihat sis rasanya sama sahaja mcm sem2 yg sebelum ni. Jika ada masalah, cari jalan penyelesaian. Jangan biarkan 'masalah' itu mempengaruhi grade engkorang. Kalau ada isu, bersihkan isu tu. Jangan biarkan 'isu' itu mempengaruhi grade engkorang. It might be impossible to settle down some issues, but everything is depend on you, yourself. Every single thing/act counts 😀 Hehe siapa2 yg study tu, mesti faham 😊
Have a nice day ya guysss! Take care 😉

Salam, memang kene dapatkan band 4 ke untuk ambik degree law ni ? (Pjj) Sebab before ni saya ada apply tapi tak dapat kos ni sebab dia kata nak muet band 4 .
ReplyDeleteWassalam. Ya betul. Kena dapatkan Muet band 4 utk degree law ni sbb itu syarat kelayakan terkini yang ditetapkan :) Boleh rujuk syarat kelayakan di laman web iCEPS:
Delete> https://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/degree-list-of-programmes-offered
> https://ined.uitm.edu.my/images/iceps/degree/2020/lw213_06012020.pdf
Salam, saya nak confirmation syarat dia kalau lepas diploma mmg nak cgpa 3.00 dengan muet band 4 je ke?
DeleteWassalam. Kalau lepasan diploma, CGPA sekurang-kurangnya 2.00 dan MUET band 4.
Delete