Semester 9 PLK/PJJ UiTM - Pandemik Covid-19! Kelas secara atas talian
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang setia menanti update sis cewahhh geli ubun2 ketiakku π Diharapkan semua sihat-sihat belaka sesihat sis hendaknya kihkih.
Alhamdulillah, sebelum naik semester baru yg ke 9 haritu masa bulan Mac, sis sempat jalan-jalan pergi Pulau Pinang dengan Langkawi. Fuhhh, syurga makanan betul kat sana! Semua sedap2 belaka. Tapi kalau nak cerita bab makanan ni, sampai lusa pun tak habis.
Selang 2 minggu lepas balik bercuti tu, bermulalah kelas sis mcm biasa dengan azam yg sama, subjek yang berbeza. Masa kelas pertama haritu masih kelas secara fizikal macam biasa walaupun masa tu dah timbul isu covid-19.
Seronok rasa naik sem baru ni sebab dapat jumpa kawan2 semula. Tambahan pula, sis dapat jumpa salah seorang pembaca blog sis yang baru mulakan semester 1 nya! π Orang Kedah baq hanggggg! Mula2 jumpa dia tak sambut salam kita pun wakkk .. dia terus pelukkk π Terperanjat juga. Hahaha sebab sis ni jenis nak kenal dulu personaliti seseorang tu mcm mana sebelum sis berhuha huha dengan dia lebih lanjut. Takut juga kalau kita yg melebih-lebih ke kan. Tapi dia ni ya ampunnn baik sangat. Cantik pulak tu. Walaupun first time jumpa depan2, rasa mcm dah lama gila kawan dengan dia. Hikhik π Alhamdulillah bertambah lagi kawan sis. Siap untuk next class nak duk sekali satu hotel sebilik.
Lepas tu wabak covid-19 menyerang pula di negara kita sedikit demi sedikit. Pihak Uitm pun dah keluarkan kenyataan bahawa tiada kelas fizikal yang akan dijalankan kerana isu covid. Tanpa diduga, PM kita pun umumkan mengenai PKP. Alamak! π¨ Booking hotel untuk kelas seterusnya dah selesai dibuat dan dibayar. Mcm mana ni? Terus call pihak hotel dan tanya. So diorang suruh buat surat dan emel je kat diorang. Sis tak mintak untuk refund duit sebab masa tu tak terfikir pun yang covid ni akan berpanjangan. So, sis bagitahu dalam surat tu untuk save booking untuk next date yang belum diketahui bila. Fuhhh, tak sangka pula sampai jadi pandemik! Maka untuk kelas2 yang seterusnya, pihak uitm bagi jadual seminar yang baru untuk dijalankan secara atas talian.
Sem kali ni, sis ambil subjek Insolvency 1, Jurisprudence 1, Family Law 1, dan Honours Project Paper.
Insolvency 1
Untuk subjek insol ni, kita akan belajar hal-hal mengenai kebankrapan. Macam mana seseorang tu boleh diisytihar bankrap, prosedur untuk failkan kebankrapan, apa perbuatan2 kebankrapan, apa jenis harta si bankrap yang boleh dan tak boleh disita atau diambil oleh penghutang-penghutang, apa proses seterusnya selepas seseorang diistihar bankrap, bagaimana seseorang boleh melepaskan title bankrap dan semua berkaitan dgn bankraplah. Sebenarnya untuk subjek ni sis pernah juga study masa diploma dulu dalam subjek Civil Procedure Code. Cuma masa tu dalam bahasa melayu lah dan tak terlalu mendalam sangat. Kalau mcm subjek ni, dia lebih khusus lah.
Alhamdulillah dapat pulak lecturer yang sangat2 bagus penerangannya dan siap suruh buat presentation mengenai sub-topik untuk topik yg dipelajari haritu. Actually, belajar pasal bankrupsi ni memang boring dan mengantuk. Tapi bila ada aktiviti, dia akan jadi interesting. So, tak jadilah nak mengantuk bagai sebab kena prepare untuk presentation yg on the spot tu. Kalau ada silap sikit2 pun, lect akan tolong betulkan masa tu juga. Bila semua group buat presentation untuk setiap sub-topik, so jadi senanglah kami semua nak faham.
Masa kelas online pun tak ada masalah sangat untuk faham sebab lect bagi slide yang siap ada voice record yang penerangannya sama macam kalau kelas diadakan secara fizikal. Kalau tak faham pun, boleh tinggalkan soalan di laman ufuture uitm atau boleh direct whatsapp. Setiap kali kelas online, wajib jawab soalan tutorial yang dibagi.
Jurisprudence 1
Fuhhh, bila baca nama dia pun macam dah susah kan? Mesti terfikir, apa kebenda alah tu jurisprudence? Berdebar gila masa nak belajar pasal subjek ni sebab memang zero habis pasal benda ni plus tak dapat bayangkan apa yang aku akan belajar ea dalam subjek ni. Sebelum2 ni, ada juga tanya senior berkenaan lecturer ni. Sungguh macam2 cerita yang sis dengar. Masa lecturer ni masuk kelas first day tu, sis rasa mcm nak terkencing je sebab tak tahu lah ye. Anxious lain macam! πͺ Tu dia baru je masuk kelas. Belum start mengajar! Hahahah. Bila dah start mengajar, cerita pasal jurisprudence semua, actually sis macam faham, tapi masih tak dpt lagi rentaknya. Juris is Law. Prudence is Knowledge. So, it is about knowledge of law!
Kalau susah nak faham, memang mengantuk sebenarnya belajar subjek ni. Masa kelas fizikal pun sis boleh mengantuk, inikan pula kelas online. Ada sekali tu sis terlelap 3 minit gaisss masa tengah zoom class π Astahgfirullahal'azim .. Haha teruk betul kan?
Subjek juris ni kena banyak membaca sampai la betul2 faham. Sebenarnya dia mcm kita belajar pasal mazhab-mazhab la. Mazhab Syafie, Hanafi, Maliki, Hanbali semua tu. Kalau dalam Juris ni kita ada legal scholars seperti John Finnis, Fuller, Hart, Aristotle, Aquinas, Hens Kelsens, dan ramai lagi. Mereka ada pendapat tersendiri mengenai undang-undang. Contohnya, ada yg berpendapat bahawa undang-undang harus dilaksanakan seiring dengan morality. Jika tak ada morality, maka undang-undang tersebut tidak perlu dipatuhi. Ada juga yang berpendapat sebaliknya. Macam2lah yang kita akan belajar dalam subjek ni. Kena faham betul2, baru seronok nak belajar n jawab exam dengan senang, insyaAllah.
Family Law 1
Dalam subjek ni, sis belajar pasal undang2 kekeluargaan Islam yang merangkumi bab tunang, kahwin, cerai, pasal wali2 semua tu, pasal tuntutan hak semasa dlm perkahwinan atau selepas penceraian, dan hak jagaan anak. Siapa yg boleh jadi wali, siapa yg boleh kita nikahi, syarat2 sah perkawinan, dalam situasi apa penceraian boleh berlaku, jenis2 cerai, jenis2 tuntutan hak dan macam2 lagi. Banyak ilmu dan pengajaran yang sis dapat masa belajar subjek ni. Sebelum nak kahwin tu, fikirlah masak2. Banyak ilmu yang perlu dipelajari sebelum kahwin. Nak cakap lebih-lebih pun, belum kahwin. Ye dok? hikhik.
Apa-apa pun seronok la belajar subjek ni. Senang juga kita nak ingat sebab kita tahu juga kan basic pasal nikah, talaq apa semua tu dan akan apply kat diri kita juga satu hari nanti bagi yg Muslim - nau'zubillah min zalik untuk penceraian. Kebetulan yang ajar subjek ni adalah lect yang mengajar sis Land Law 2 hari tu yang mana sis memang sangat mudah untuk faham penerangannya.
Bagi yg single, semoga dikurniakan pasangan yg soleh/solehah yang mampu harungi hidup susah senang bersama dan saling mempercayai antara satu sama lain. π Bagi yg dah berkahwin, semoga hubungan kalian kekal hingga ke akhir hayat. πͺ
Honours Project Paper
Untuk Final Year Project (FYP) ni merupakan kesinambungan subjek LRM semester lepas di mana masa tu kita hanya proposed tajuk dan seisinya. Tapi kalini kita buat keseluruhan research berkenaan topik yang dipilih tu. Macam-macam hal yang takkan dilupakan sepanjang progres menyiapkan FYP ni. Dengan isu turnitin nya lagi yang mana kami tak biasa gunakan plus ada masalah teknikal sikit masa hari submission. YaAllah, hanya Tuhan yang tahu ke"struggle"lan kami π¬ Apa-apa pun, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukurrr sebab segala-galanya dapat diselesaikan disaat akhir.
Final Exam
Exam pun diadakan secara online dan perlu dihantar pada masa yang ditetapkan oleh lecturer.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya semester ini, tak sangka belajar secara atas talian π Jujurnya, belajar secara fizikal lagi seronok berbanding secara online sebab ye lah mcm tak feel tau belajar online ni. Kalau belajar secara fizikal tu boleh tanya depan2, tengok lect depan2, excitement pun lain. Buat tutorial, jawab test, quiz dan exam pun secara online. Pandai2lah cari ahli group yang memang boleh bagi komitmen. π· Kalau tak, memang masakkkkkk lah jawabnya ~
Result Exam
Menunggu 18 September 2020 rasa macam satu penyiksaan giteww π Mulalah tak lalu sangat nak makan, tidur tak lena, mandi tak basah. Cewahh poyo lebih kan? 17hb tengah feeling2 makan roti canai pukul 8 malam dgn mak, pappp ada wassap masuk bagi link untuk check result awal! Fuh, makin berderau jantung ini gaissss. Dalam hati mula2 cakap relax lah, tengok pukul 12 je lah nanti! Kadang2 orang bagi link tak betul tu. Saja nak main2. Cehhhh dalam2 rasa seram gila tu, eh tak sedar pulak boleh bangun pergi dapur n cuci tangan itu gaisss π Dan2 pegang phone, tekan jugak link tu! Haha
Alhamdulillah thumma alhamdulillah YaAllah π Subjek yang paling seram, yang paling banyak sis berdoa mohon pd Allah agar sis lulus subjek tu akhirnya lulus jugak! Walaupun bukan flying colour untuk subjek tu, tapi rasa sangat bersyukurrrr sebab kalau boleh memang mintak simpang la kalau kena repeat untuk subjek tu π Terima kasih YaAllah! Walaupun sis tahu memang sis berhabis masa dan tenaga lebih untuk subjek tu, dan keputusan yg sis dapat agak tidak setimpal, sis hanya mampu redha .. Sis tetap bersyukur lebih-lebih lagi gred utk subjek2 lain mostly with flying colours π Cehh, bukan berlagak ya. Hanya kita yang tahu tahap usaha kita dan keputusan apa yg kita boleh dapat selayaknya. Tapi kalau kita tak dapat seperti apa yang kita jangkakan, tak apalah, macam yg sis pernah bagitahu sebelum2 ni, mungkin ada isu dalaman yg kita tak perasan menyebabkan benda tu jadi mcm tu. π
Ola last semester!
Nak tanya kalau amik kos ni, boleh tak kalau nak jadi peguam? Sbb sy ada baca yg kos BLS tak sama dgn LLB. Kalau LLB boleh terus buat latihan dalam kamar... Kos BLS pun mcm tu juga ke?
ReplyDelete*Btw sy bakal super duper junior kamuπ
Aah betul LLB dan BLS tak sama. Boleh. Cuma untuk jadi peguam tu, kita perlu menduduki exam CLP lepas habis buat BLS ni. Lepastu chambering, lepastu call to the bar.
Delete*Wah! Masuk bulan 10 ni ke? Hi, future junior! Haha
Hi, tahniah kerana sudah memasuki tahun akhir sebagai pelajar BLS. Saya sebenarnya sebelum ni sangat berkeinginan untuk belajar law and jadi lawyer. Tapi, apabila saya sendiri dihalang untuk memasuki asasi law by my own sister, saya redha and hilang halatuju sampailah saya masuk ijazah dalam bidang Pengurusan Hartanah. Actually, course ni best je, and kitorang juga boleh jadi bidang professional as our course are regulated by Board of Valuer, Appraiser, Estate Agent and Property Manager (BOVAEAP)-boleh google kalau nak tahu lebih lanjut. Tapi sekarang saya rasa saya sekadar belajar degree untuk ilmu pengetahuan saja, bukan untuk kerja- tapi saya mungkin akan kerja dalam bidang pengurusan harta dalam tempoh beberapa tahun sebelum saya beralih arah untuk belajar dalam bidang law secara part time? Awak rasa wajarkah pemikiran saya ni?
ReplyDeleteAs saya pun dah hampir berputus asa sebelum ni, tapi sebab tengok kdrama punya pasal tentang perjalanan untuk mencapai cita-cita, saya jadi bersemangat balik. Hhaha. Nanti kalau boleh bila awak dah habis and nak buat CLP, bolehlah pulak cerita pengalaman di sini. Btw goodluck in ur studies! Saya pun student UiTM Shah Alam, tapi terpaksa berODL pula.
Hi Amirul. Terima kasih :)
DeleteAlahai kesiannya. Kenapa kakak halang? (If you don't mind to share). Best juga tu bidang Pengurusan Hartanah. Kalau tak silap saya, ramai juga daripada kos pengurusan hartanah yang ambil bidang law sebagai second degree. Ada juga yang dari bidang law yang ambil kos tu juga. Terutama bagi yang minat bahagian Undang-undang Tanah.
Jadinya, saya rasa sangat wajar untuk awak buat part time bidang law ni since awak pun memang berkeinginan untuk jadi lawyer. Syarat kelayakan pun hanya perlu PNGK 2.00 (first degree).
Hahaha. Wahhh, banyak2kanlah lagi tengok kdrama! Moga-moga tercapai cita-cita tu.
InsyaAllah nanti saya share pasal perjalanan CLP pula.
Thank you! You too, best of luck! Tak lama lagi dah nak final exam kan :)
Maaf lambat reply. Kadang2 terlepas pandang.
Salam, ada plan nk amik clp ke? sy reg clp utk tahun ni
ReplyDeleteWassalam .. Ya saya .. Saya pun berkemungkinan daftar juga clp utk tahun ni. Awak ada ambil class ke atau belajar sendiri?
Delete