Cerita Semester 2 PJJ/PLK UiTM

Assamualaikum w.b.t. 😊

Kali ni aku nak cerita pasal semester 2 PJJ/PLK UiTM Shah Alam. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Utk sem 2 yg lepas, aku masih ambil 4 subjek iaitu MLS 2, Contract 2, Bahasa Arab 1, dan Sejarah Malaysia.


PERBELANJAAN

Dek kerana nak menjimatkan duit belanja, kali ni aku stay kat hotel yg berdekatan je. Walaupun aku dah pernah duduk homestay yg aku cerita sebelum ni beberapa kali, owner tu tak boleh nak bagi harga kasih sayang. Tapi aku fahamlah org berniaga kan. Tapi homestay tu memang highly recommended utk yg nak bercuti (i-City - Butik Seksyen 7 - UiTM) ke ada majlis kahwin ke majlis konvo ke ko memang nak menyepi sorang diri ke semua boleh. RM200/mlm - Seksyen 7 - Flat PKNS, Shah Alam.

Ok, antara hotel yg aku stay untuk kelas PLK/PJJ ni adalah :
  • Goodhope Hotel (Selesa, parking berbayar) - sgt2 dekat dgn Aeon Baru Shah Alam (haha ingat sangat dekat dengan uitm eh?) 💙💙💙
  • Hotel De Art i-City (Menarik, selesa, terbaik (takde sarapan + jauh sikit dari kedai2) 💙💙💙💙 (tapi harga tak sesuai utk tujuan pegi kelas. sesuai utk bercuti)
  • Hotel De Art Seksyen 7 (Ok la dekat je dgn uitm + ada sarapan) 💙💙💙💙
  • EV World Hotel - 2 UiTM seksyen 7 (Hotel bajet, free sarapan bajet (kadang2 dpt bilik yg ok, kadang tak) dekat dgn pintu belakang uitm, ada provide parking) 💙💙💙 *update tahun 2022 (hotel dah tak wujud)
  • The Tree Boutique Hotel seksyen 7 (Ok la cuma malam selalu ada nyamuk, agak mahal juga dan  takde provide parking (aku pernah kene saman Hahaha)) 💙💙💙
Dlm banyak2 hotel ni, aku banyak duk kat EV World Hotel tu sbb murah gila. Aku booking semua trough Agoda.com. Bila kita banyak buat booking, nanti kita akan dpt harga diskaun lah, point lah. Tu yg best. Lagipun kita dah dapat jadual kelas awal. So senanglah nak booking. Tapi jangan pilih yg bayar terus! Ambik yg ada 'Free Cancellation'. In case korang yg ada hal atau kelas cancel, so korang boleh cancel without deduct korang punya saving account. Tp ada TAC dia. Nanti pandai2 korang lah baca ok? Tapi so far, jarang lect batal kelas .. Kalau ada pun, tak semualah yg batal.

So, anggaran duit gitu gini dlm 500 jugak lah. Tengok keadaan. Tapi kalau korang ada sedara-mara/kenalan kat area sana, tumpanglah rumah diorang utk mengurangkan kos perbelanjaan. Ekeke 😁 *ada update terbaru utk pilihan hotel dekat next blog. sbb tiba2 dah tak selesa dekat evworld tu. check it out.


KELAS SEMESTER KE-2

Aku teruja sangat nak belajar subjek Contract 2 (Hari Ahad)! Selalunya sebelum start kelas, aku akan buat revision untuk setiap subjek yg aku akan belajar. So aku beriya-iya lah malam Ahad buat revision utk subjek Contract 2 ni! Dan keesokan paginya, dengan semangat yang jitu dan muka yg ceria aku pergi ke kelas contract. Kaki aku baru selangkah nak masuk ke fakulti...terdengar... "Eh awak, kelas contract pagi ni batal. Lecturer MC, tak sihat". OMG betapa luluhnya, sakit dan perit hati ini Hanya Tuhan yg tahu .. over kan? Kahkah 😝 Tapi seriouslah aku terkecewa masa tu.

The next seminar, kelas on macam biasa. Bermulalah kelas contract. Lect buat ice-breaking dan tanya perasaan nak belajar contract 2. Semua org jawablah teruja, seronok, tak sangka pass paper contract 1 & mcm2 lagi. Sampai part aku,

Aku : Nama saya tuttttt tuttt .. asal dari Jb ..
Lect : Wah, you all the way from Jb lah ni? (Aku angguk) Ok. Perasaan?
Aku : Mula2 excited. Sekarang ni tak berapa.
Lect : Laa..kenapa pulak mcm tu?
Aku : Hari tu masa first class saya dah excited sangat2 siap buat revision sekali mlm sebelum tu... Sampai2 fakulti je dapat tahu kelas batal .. Saya drive balik Johor dlm keadaan yg sgt kecewa ..
Berdekah budak kelas gelakkan aku 😅 Lect pun gelak sambil minta maaf sbb terpaksa cancel last minute.
Lect : Minta maaf ea .. saya rasa serba salah sgt sbb frustkan awk ..
Pastu budak2 kelas ckp, ala takpe madam, ni kalau belanja KFC ni kira settle ni ..
HAHAHA 😄 Aku gelak je lah .. cakap itsokay, All is well.

Pada aku, subjek Contract 2 agak mencabar sebab susah sikit nak faham benda alah dan ke'kronik'kan of the law and the case. Itu pandangan aku sendiri laa .. Aku tengok orang lain macam senang sangat je diorang faham .. Aku ni memang lambat sikit pick-up kecuali diterangkan sesuatu tu dengan jelas, terang dan nyata pada aku .. Maksudnya, kalau cakap sekali je aku dah faham! ok that means aku memang dpt tangkap lah.

Tapi no wonder lah bila lecturer sendiri akui yg Contract 2 ni agak susah sikit dan tak ramai orang yg pass paper ni. Terbeliak mata aku ... 👀 Tengah2 lecturer mengajar, ada sorang brother masuk kelas. Lect kenal dia! Lect tanya, "awak dah sem berapa sekarang?". Abg tu jawab "Saya sem 12". Wehhhhhh kepala banaaaa terkejut beruk kiteorang 😵 Abg tu kata dia dah amik paper ni berapa kali entah. Tak ingat. Fuhh, kiteorang ni pun mula lah rasa seram dan tanam azam 'ok akan study betul2 utk paper ni. Berjuang!'. Ko jgn percaya sgt sbb kata2 tu cuma masa tu je actually kahkah 😄

Utk subjek2 lain alhamdulillah aku boleh adapt jugak lah. MLS 2 agak senang sbb tak terlalu rumit dan aku pernah belajar jugak masa diploma dulu. Dlm MLS 2 ni, kita akan belajar bab civil procedure, criminal procedure, alternative dispute resolution dll. Yg ADR tu agak susah sikit aku nak catch up sebab banyak sgt prosedur and requirementnya.

Sejarah Malaysia boleh la .. ngantuk tu wajib 😂 al-maklum lah sejarah ....

Bahasa Arab so far ok lah sbb aku dah ada basic jugak sikit2. Utk subjek Bahasa Arab ni, dia takde final exam. Tp ada task and test(considered as final exam) dlm kelas nanti. Task tu kita kene buat 1 group, pastu setiap sorang mesti kene cakap dlm bahasa arab. Ikut je contoh dlm buku and tukar lah sikit2 .. Alaaa kenal2kan diri je and perbualan yg basic2 je. Buat satu video, then burn kan dlm CD, hantar pd Ustaz.

Pejam celik pejam celik dah habis 7 seminar utk sem ni. Hujung bulan 12 dah start first paper iaitu Sejarah Malaysia .. Aku pegi and duk hotel sorang2. Abah demam, so mak tak dapat teman aku. Abah pesan, "Study elok2, belajar betul2, jawab exam betul2, jgn bawak kereta laju2, nanti dah sampai bagitahu". Aku pun ok je lah.

30/12/16 exam bermula and for the first time ever aku off handphone aku sebelum masuk dewan exam! For the very first time!!! Selama ni exam, memang aku tak pernah off phone aku. Biasa silent kan je .. Entah kenapa tah. Masa diploma dulu pun mmg tak pernah nak off phone masa exam. Considered masa tu aku saje je lah nak off phone kan. Habis je exam tu, terus on phone. Bertubi-tubi whatsapp masuk! Dlm hati ckp, "Apa jugak lah diorang ni bual kat group pung pang pung pang!". Haihhh ..

bersambung...




Comments

  1. saya dpt offer juga nak tanya agak2 boleh carry x? senang ke susah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boleh 😀 Saya pun rasa mcm tu dulu. Yg penting diri sendiri kene positif & bersedia selalu 😊 Yg jadi susah tu bila kita tak prepare as well.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman awal PJJ/PLK UiTM Shah Alam

PLK/PJJ UiTM | New mode for PLK Law! Boleh habis degree part time dalam 3-4 tahun?!

Semester 10 PJJ/PLK UiTM / Adakah akan menjadi semester terakhirku? Penantian dan penentuan 5 tahun!