sambungan ... 3 hari bersama Abah

Baca punya baca, sekali nampak gambar abah aku terlantar kat wad kecemasan hospital! 😲 Call mak, tanya pasal abah. Mak kata abah suspek kencing tikus n sekarang masuk air. Dengan pantasnya aku drive balik ke Johor 💨 Tak semena-menanya minyak kereta pulak habis dah sampai dekat Kulai .. Selama ni aku driving JB-KL / KL-JB tak pernah sekali ada isu minyak habis 😐 Pastu cepat2 call Plus then diorang escort aku ke stesen minyak Kulai. Pastu aku cepat drive terus ke Hospital Sultan Ismail.

Sampai2 je aku terus tengok abah kat wad kecemasan .. abah seronok nampak aku tapi mata abah kuning, tak bermaya lansung 😟 sayu tengok abah kene cucuk sana sini sbb abah orangnya sihat .. jenis jarang sangat sakit .. 

1/1/2017 (Ahad) -
Lepas solat isyak, aku dgn mak rehat sekejap dekat kerusi luar. Lepas tu kami masuk nak tengok abah. Abah tengah muntah lepastu terus tak sedarkan diri. 
Mak suruh cepat2 panggil nurse! Nurse datang ramai masing-masing kejut abah. Abah tetap tak bagi respon. Doktor2 pun datang. Diorang buat apa tu yg macam dalam drama tu..yg tekan2 kat dada tu .. Macam2 bunyi mesin dan suara usaha doktor2 dan nurse2 untuk sedarkan abah. Kami kat luar hanya mampu berdoa dan mengharapkan keajaiban sahaja masa tu. Aku? Cuma fikir perkara yg positif je masa tu. Aku cuba bayangkan yg abah dah dibawak keluar dari hospital dan kami jalani hari2 hidup kami mcm biasa.

Jam 10.30 malam
Salah seorang doktor keluar. Aku betul2 kat kawasan tu sementara mak tenangkan abang aku kat pintu utama wad tu. Doktor tanya hubungan aku dgn pesakit, Aku ckplah aku anak kandung. Doktor kata, "Kami dah usaha yg terbaik. Tapi ayah awak tak bagi respon dan jantung dia lemah sangat". Aku diam. Cakap dlm hati, "Fuhh, nasib baik.. jantung lemah je .. doktor tak cakap pasal mati pun.." (sedapkan hati). Doktor kata, "Lepasni dah boleh kemas2. Kalau nak baca yassin dulu pun boleh." Aku angguk je. Dalam hati ckp, "Baca yassin tak semestinya mati kan? Doktor suruh kemas barang sbb masa diorang cuba sedarkan abah tadi, diorang alih2 barang kiteorang kat dalam tu".

Lepastu mak masuk jumpa doktor. Doktor ckp lagi, "Puan, kami dah cuba yg terbaik. Tapi suami puan tak bagi respon. Selalunya lepas 30minit, kebiasaanya patient bagi respon". Aku tengok muka mak. Mak usap lengan doktor sambil cakap, "I know you have tried your best. Saya redha, doktor." 

Mak jumpa abang aku. Abang aku terus melutut menangis. Semua orang tengok dia. Aku masih diam. Aku cuma anggap abah kritikal jantung je. Aku tak puas hati sebab tengok abang aku nangis. Walaupun pada dasar hakikatnya, aku sebenarnya "faham" apa maksud doktor. Aku jumpa balik doktor tadi dan aku tanya, "Ok, sebenarnya ayah saya macam mana dan apa maksud doktor?". Doktor pegang kedua-dua lengan aku, "Sabar banyak-banyak ya." Aku cakap lagi, "Ok apa maksud doktor sekarang? Ayah saya dah takde ke?". "Ya".


Mak maklumkan pada saudara-mara. Aku call kawan baik aku 2 orang tu yg aku pernah ckp sebelum ni. Diorang tak tahu pun aku kat hospital, Aku pun tak bagitahu siapa2 yg aku dekat hospital sebab aku rasa nothing serious need to be inform sbb ayah aku pun demam je kan. Aku ckp dlm nada tenang dan gelak senyum. Kawan2 aku tak percaya. Aku cuma masih tak percaya dan saja gelak2 sedapkan hati.

Aku diam. Aku diam. Aku diam. Sebutir air mata pun tak mengalir. Malah tak bertakung pun. Dahi aku berkerut. Aku post di wechat tentang abah, kemudian kemas barang2 kami. Aku tengok, Abah dah dibalut dgn kain selimut putih. Sekali je aku pandang. Aku terus kemas2 semua barang. Mak dan sorang lagi kawan abah, bacakan yassin untuk abah.

Kawan aku yg dari Melaka ada whatsapp aku hari Sabtu tanya "Mcm mana keadaan abah?". Selama 3 hari tu, mmg aku tak bukak social media lansung sbb malas. So mlm tu aku cuma balas, "Abah dah tak ada." Dia online dan baca. Dia terus call aku sbb tak percaya. Sbb aku orangnya suka gelak. Memang org susah nak percaya org jenis mcm ni kan? Aku cakap je ye. Dia pelik sbb suara aku tak sedih pun. Dia kata aku tipu je kot. Lepastu dia dengar sendiri suara2 kat belakang yg baca yassin.
Dlm group2 whatsapp pun ramai yg ucap takziah sementara aku masih tak percaya ucapan tu utk aku dan aku masih blank.

Keesokan paginya rumah dibanjiri oleh kenalan2 abah. Semua org pun seolah-olah tak percaya akan pemergiannya 😟 Apatah lagi aku😢 Abah selamat dikebumikan pada jam lebih kurang 11 tgh/hari.

AL-FATIHAH
ZULKIFLI BIN ISMAIL
4/7/1964 - 1/1/2017









Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman awal PJJ/PLK UiTM Shah Alam

PLK/PJJ UiTM | New mode for PLK Law! Boleh habis degree part time dalam 3-4 tahun?!

Semester 10 PJJ/PLK UiTM / Adakah akan menjadi semester terakhirku? Penantian dan penentuan 5 tahun!